Home Lifestyle Turun Hampir 20kg, Kim Jong Un Elak Makan Keju Dan Udang Galah

Turun Hampir 20kg, Kim Jong Un Elak Makan Keju Dan Udang Galah

59
0
This combination of file photos provided by the North Korean government, shows North Korean leader Kim Jong Un at Workers' Party meetings in Pyongyang, North Korea, on Feb. 8, 2021, left, and June 15, 2021. Last time when Kim faced rumors about his health, the North Korean leader had walked with a cane, missed an important state anniversary or panted for breath. Now, the 37-year-old faces fresh speculation about his health because he looks thinner noticeably in recent state media images. Independent journalists were not given access to cover the event depicted in this image distributed by the North Korean government. The content of this image is as provided and cannot be independently verified. (Korean Central News Agency/Korea News Service via AP, File)

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berjaya menurunkan berat badan kira-kira 19 kilogram (kg) dengan mengelak pengambilan makanan keju Swiss, udang galah dan minuman beralkohol.

Lapor Daily Star, seorang sumber mendakwa Jong-un sebelum ini mampu minum sehingga 10 botol minuman alkohol setiap hari.

6139eb0da30aeb0018b4a058

Namun, beliau kini sudah mengubah tabiat pemakanannya dan kelihatan lebih langsing.

Sebelum ini, Jong-un dilaporkan mengalami masalah obesiti teruk selepas berat badan beliau mencecah 139.7kg dengan kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 49 pada 2012.

Pada suatu ketika, pemimpin itu dikatakan mengalami gangguan dengan memiliki dorongan nafsu kuat untuk makan.

id13058165 3 600x359 1

Malah, perisik Korea Selatan mendakwa berat badan Jong-un bertambah lebih 6.35kg setiap tahun selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada bapanya, Kim Jong-il pada 2011.

Agensi perisikan Korea Selatan mendakwa pemimpin itu memiliki berat badan sekitar 139.7kg pada 2020 dengan kiraan BMI melebihi daripada sepatutnya pada ketinggian 167.64 sentimeter (cm).

Baca lagi: Video “Turun 5kg Dalam Masa Seminggu” Lee Young Ji Cecah 5 Juta Tontonan

0 MAINSOCIAL

Pemimpin muda itu didakwa banyak mengambil keju Swiss dan udang galah serta minuman alkohol sehingga 10 botol setiap malam.

Pakar memberi amaran Jong Un boleh mengalami serangan jantung disebabkan masalah obesiti teruk yang dikaitkan dengan peningkatan empat kali ganda kegagalan jantung.

Dilaporkan, Jong-un berjaya menurunkan berat badan sekitar 19.9kg dalam masa tiga bulan sahaja.

 

Sumber: Utusan Malaysia