Home Kdrama/Kmovie Masih Ingat Drama ‘Full House’? Ini Cerita Terkini Rumah & Para Pelakon...

Masih Ingat Drama ‘Full House’? Ini Cerita Terkini Rumah & Para Pelakon Utamanya

0

Sekitar tahun 2002-2003, seingat saya ketika itu banyak drama Korea yang sedih-sedih bermain di kaca TV seperti Winter Sonata, Autumn in My Heart, All About Eve dan lain-lain.

Kemudian pada tahun 2004, muncul naskhah yang lebih segar iaitu drama komedi romantis ‘Full House’. Drama ini mengisahkan seorang gadis bercita-cita nak jadi penulis skrip, tinggal di sebuah rumah peninggalan mendiang ayahnya yang dipanggil ‘Full House’.

Full House KBS Drama 06
Kredit: Korea Net

Suatu hari, dua kawan baiknya scam dia kononnya menang hadiah percutian secara percuma dan menjual rumahnya semasa ketiadaannya. Di dalam kapal terbang, dia jumpa selebriti terkenal yang rupanya pembeli rumahnya.

Baca lagi: Ini Wajah Terkini Hero & Heroin Drama ‘Winter Sonata’ Yang Pernah Jadi Fenomena

Baca lagi: Dua Dekad Sudah Berlalu, Ini Gambar Terkini Pelakon ‘Autumn In My Heart’

Namun menurut Korea.Net dan beberapa sumber lain, rumah ‘Full House’ berhampiran Pantai Suki, Incheon itu dirobohkan pada 2013 kerana kerosakan teruk akibat taufan.

2354158283 fda70b5fa1 b
Kredit: Rossi/Flickr

Drama tayangan KBS ini diterajui Song Hye Kyo, Rain, Han Da Gam dan Kim Sung Soo sebagai pelakon utama. Hampir dua dekad berlalu, apa khabar agaknya mereka sekarang?

#1 Song Hye Kyo (Han Ji Eun)

bz1215
Kredit: Korea Channel

Dalam drama ini, Song Hye Kyo memegang watak utama bernama Han Ji Eun seorang gadis ceria yang tinggal di ‘Full House’. Dia berkahwin kontrak dan setuju tinggal bersama Lee Young Jae, selebriti yang membeli rumahnya.

Selepas Full House, aktres kelahiran tahun 1981 ini membintangi drama-drama seperti Worlds Within, That Winter, the Wind Blows, Descendants of the Sun sehingga Encounter.

Projek drama terkininya adalah Now, We Are Breaking Up yang ditayangkan pada tahun lalu.

#2 Rain (Lee Young Jae)

bz103
Kredit: Korea Channel

Raja Hallyu sekitar awal 2000-an ini memainkan peranan sebagai Lee Young Jae, selebriti terkenal yang membeli ‘Full House’ dalam drama ini. Mula-mula dia sukakan seorang wanita bernama Kang Hye Won tetapi perasaannya tidak berbalas. Kemudian jatuh cinta dengan isteri kontraknya sendiri, Han Ji Eun.

Sebelum berlakon, Rain dikenali ramai sebagai seorang penyanyi. Setelah Full House, Rain membintangi drama-drama seperti A Love to Kill, The Fugitive: Plan B, My Lovely Girl dan Welcome 2 Life. Drama terbaru Rain adalah Ghost Doctor yang memadukan genre medik dengan hantu.

#3 Han Da Gam (Kang Hye Won)

bz2
Kredit: Korea Channel

Han Da Gam debut dengan nama Han Eun Jung. Dalam Full House, dia berlakon jadi Kang Hye Won yang merupakan teman masa kecil dan wanita yang disukai Young Jae sejak sekian lama. Namun dia adalah wanita yang egois dan manipulative serta gemar mainkan perasaan orang.

Drama-drama yang dibintanginya setelah Full House adalah Wonderful Life, Golden Cross, Return, Let Me Introduce Her dan Graceful Friends.

Projek drama terbarunya adalah ‘National Wife’ yang ditayangkan pada tahun lalu di KBS. Mengisahkan seorang wanita yang berusaha meningkatkan taraf hidup dengan sebuah rumah. Cerita ini sarat dengan mesej bahawa kebahagiaan bukan soal rumah siapa lagi bagus tetapi tentang penghuni yang tinggal di dalamnya.

#4 Kim Sung Soo (Yoo Min Hyuk)

bz11
Kredit: Korea Channel

Karakter Yoo Min Hyuk dimainkan oleh aktor Kim Sung Soo. Min Hyuk digambarkan sebagai seorang pengarah syarikat media besar yang menyimpan perasaan terhadap bini orang, Han Ji-eun.

Kim Sung Soo cukup aktif di TV setelah berlakon dalam Full House. Drama-drama lain lakonannya adalah My Precious You, More Charming by the Day dan My Lover dan Madame Butterfly.

Selain drama, dia turut memperluaskan kariernya ke variety show seperti Invincible Baseball Team, Lucky Strike 300 dan Noodle Myeongga. Projek drama terbarunya berjudul The Road: Tragedy of One.

2 2 1
Kredit: Channel Korea

Sumber: Matamata, Korea.net