Tidak dinafikan Jessi antara selebriti Korea Selatan yang langsung tidak segan mengakui dirinya kerap melakukan pembedahan wajah dan beberapa bahagian lain.

Jessi 2019 2

Terbaharu, pengakuan wanita itu mengenai pembedahan yang dilakukannya nyata mengejutkan ramai terutama peminat fanatiknya.

Jessi tanpa sengaja mendedahkan perkara tersebut menerusi satu temu bual khas dalam rancangan Jessi’s Showterview.

dcdcdaa87ae26e040cc3f6b13dbb03d8

Kisah bermula apabila penyanyi rap itu menceritakan bagaimana dia mengalami kesukaran ketika memakai kostum pentas milik Chorong, kumpulan Apink suatu ketika dahulu yang jauh lebih sempit pada bahagian dada dan punggung.

1643927280 apinks legendary tension interview with jessi

“Saya masih ingat, selepas melakukan pembedahan payudara, saya merasakan bahawa perkara tersebut hanya sia-sia. Nak pakai baju dan kostum orang lain pun semuanya tak muat.

“Apabila difikirkan, ‘natural’ adalah lebih cantik dan baik. Tak usahlah buat pembedahan pada bahagian dan aset utama kita,” katanya.

Baca Lagi: K- Drama Terbaru “Ghost Doctor” Lakonan Rain, Kim Bum, Son Naeun Dan Uee Mendapat Perhatian Peminat

Baca Lagi: T.O.P BIGBANG Kongsi Perasaanya Selepas Meninggalkan Agensi Lamanya YG Entertainment

1643927832 apinks legendary tension interview with jessi

Tambah Jessi, walaupun menyesal kerana telah membesarkan saiz payudaranya menerusi pembedahan terdahulu, tetapi dia tiada hasrat untuk mengecilkannya semula.

Sumber: allkpop

Previous articleCL Rindu 2NE1, Kongsi Perbezaan Menjadi Artis Solo Dan Menjadi Sebahagian Daripada Anggota 2NE1
Next articleMasih Ingat Drama ‘Full House’? Ini Cerita Terkini Rumah & Para Pelakon Utamanya