Tidak lengkap pusingan 24 jam warga asing di bumi Malaysia jika tidak mencuba burger Ramly. Apakah yang membuatkan mereka tercari-cari street food ikonik Malaysia ini?

Seorang YouTuber Korea yang dikenali sebagai Bro Chu jalan-jalan cari makan di stesen LRT. Kemudian dia teruja apabila jumpa gerai burger Ramly yang sudah lama dicarinya.

1 4
Kredit: Chu Bro/YouTube

Mula-mula dia order burger ayam dulu. Sambil tunggu pesanannya siap, dia perhati je abang burger buat burger sambil tanya “Ini apa? Itu apa?”

Baca lagi: [VIDEO] Ini Reaksi Mukbanger Korea Semasa Cuba Maggi Kari Malaysia

Baca lagi: Tauke Restoran Terkejut Tengok Mukbanger Korea Ini Makan Segunung Tiram

Memandangkan menu itu melintang jadi dia kena sengetkan kepala dia untuk baca menu burger yang tertera. Ada burger ayam, daging, spesial dan lain-lain.

3 1
Kredit: Chu Bro/YouTube
4 2
Kredit: Chu Bro/YouTube

Mula-mula dia order burger normal. “Sedapnya! Sedapnya!”

7 1
Kredit: Chu Bro/YouTube
5 2
Kredit: Chu Bro/YouTube
8 1
Kredit: Chu Bro/YouTube

Tak sempat habiskan burger tu, dia order satu lagi- ‘Omelette burger’.

“Sedap! Sedap! Sedap!”katanya.

6
Kredit: Chu Bro/YouTube

Akhir sekali pesan burger kahwin (ayam+ daging) special. Menjadikan burgernya semua sekali beranak tiga yang dia makan bersungguh-sungguh.

9
Kredit: Chu Bro/YouTube

Tonton video penuh:

Ketika artikel ini ditulis, video yang dimuat naik sejak November 2020 itu meraih 1.4 juta tontonan dan 40 ribu tanda suka. Meninjau ke ruangan komen, nampaknya ramai memberi kata-kata positif dan sokong usaha tauke burger tersebut dan YouTuber Chu Bro.

10

11

12

13

Sumber: YouTube

Previous articleMasih Ingat Drama ‘Full House’? Ini Cerita Terkini Rumah & Para Pelakon Utamanya
Next articleKerana Hanbok, Ruangan Komen Park Shin Hye Diserang Netizen China