Angkatan netizen China menyerang akaun Instagram Park Shin Hye kerana memuat naik dirinya berbusana Hanbok dengan hashtag #koreantraditionalclothes.

Meskipun Hanbok merupakan pakaian tradisional Korea, hashtag tersebut tetap menimbulkan kemarahan netizen dari China.

Di ruangan komen, rata-ratanya melampiaskan rasa tidak puas hati dengan berkata “Saya tak nak tengok dah drama awak.”, “Awak tak layak dapat perhatian dari China.”

1644683283 7a444247 eb39 474a aaac 1d8bdd89e830

Selain Park Shin Hye, terdahulu selebriti seperti Hyoyeon SNSD turut dibanjiri kecaman kerana isu yang sama sehingga penyanyi itu menutup ruangan komen.

bts suga rm snsd hyoyeon blackpink 11022022 4

Perseteruan ini bermula ketika acara pembukaan Beijing Winter Olympics, warga Korea marah apabila mendapati salah seorang performer acara itu memakai hanbok bagi mewakili kumpulan etnik di China.

a performer wore a light pink and white hanbok at the opening ceremony image source ioc 2705892

Perang dalam talian di antara pengguna internet Korea dan China ini meletus kerana netizen China ‘claim’ Hanbok merupakan pakaian tradisi China.

Manakala Korea pula melihat percubaan China untuk mendakwa beberapa aspek budaya Korea berasal dari China.

Previous article“Jatuh Cinta…”- Ini Reaksi Lelaki Korea Bila Makan Burger Ramly
Next articleTidak Sedar ‘V Live’ Telah Bermula, Peminat Berang Saerom Fromis_9 Cakap Perkara Yang Tidak Sepatutnya!