Home Entertainment Tidak Sedar ‘V Live’ Telah Bermula, Peminat Berang Saerom Fromis_9 Cakap Perkara...

Tidak Sedar ‘V Live’ Telah Bermula, Peminat Berang Saerom Fromis_9 Cakap Perkara Yang Tidak Sepatutnya!

0

Baru- baru ini satu komen yang dibuat oleh ketua fromis_9 Saerom, yang dibuat pada awal siaran ‘V Live’, telah menimbulkan kritikan daripada netizen atas talian.

Pada tarikh 11 Februari yang lalu, ahli fromis_9 Jiheon, Nakyung, Saerom, Hayoung dan Jisun telah bertemu dengan peminat melalui siaran ‘V Live’ kasual.

saerom fromis9 vlive controversy e1644722995180

Bagaimanapun, siaran itu telah disiarkan secara langsung beberapa saat sebelum ahli fromis_9 menyedari bahawa mereka sudahpun ‘live’.

Semasa Jisun sedang mertertawakan tentang sesuatu hal, Saerom bercakap, “Saya sangat muak dengan benda ini. Saya mahu cepat habis dan terus pulang ke rumah sekarang.”

1644649285 9ad1e552 52e5 45ca b6d8 c01359205db5

Walau bagaimanapun, beberapa ahli lain segera menyedari bahawa siaran telah bermula, dan berkata, “Hello~”.

Hayoung kemudian bersandar pada Saerom untuk memberitahunya bahawa mereka telah bersiaran secara langsung.

Beberapa saat kemudian, Saerom mengira, “dua, tiga” supaya semua ahli dapat menyambut peminat bersama-sama.

dummy 3

Walaupun kenyataan itu dibuat apabila dia tidak menyedari bahawa siaran langsung telah bermula, kenyataan Saerom itu tetap disedari oleh netizen, kerana mereka mengulas,

“Kalau awak tak nak jadi idola, berhentilah. Semudah itu.”

“Jika saya berada di dalam kumpulan idola dan kumpulan saya tidak terkenal walaupun selepas 5 tahun seperti mereka, saya akan marah juga lol.”


Baca Lagi: CL Rindu 2NE1, Kongsi Perbezaan Menjadi Artis Solo Dan Menjadi Sebahagian Daripada Anggota 2NE1

43177 foto saerom fromis 9 instagram atsaeromssee

“Sejujurnya ini tidak menghairankan. Gadis-gadis ini selalu kelihatan seperti mereka sedang marah.”

“Kalau dia cakap ‘Saya penat’, pasti dia mengalami hari yang sukar. Tetapi ‘Saya muak dengan ini’? Mesti dia sangat benci hidupnya kekekekeke.”

“Jadi fromis_9 akan dibubarkan lah ye selepas ini? HYBE memberi mereka album terakhir sebelum bercuti lama kekekekeke.”

 

Sumber: allkpop