Jungkook BTS berasa seram bercampur bengang apabila mendapat panggilan telefon daripada sasaeng (peminat fanatik) di bilik hotel, lapor SBS Star.

Ketika itu, dia membuka kamera dan berinteraksi dengan para peminatnya secara siaran langsung untuk melepas rindu katanya.

26

Sedang seronok bercerita tentang hari-harinya di Las Vegas, Amerika Syarikat untuk Anugerah Grammy dan konsert, tiba-tiba telefon berdering. Bunyi itu bukan dari telefon bimbitnya sebaliknya telefon bilik hotel.

Ahli BTS itu berjalan menuju ke telefon dan mengangkatnya tetapi ia berhenti berdering.

Jungkook pun duduk semula sambil berkata, “Siapa itu? Ada orang tersilap call bilik ke?”

Sejurus itu, telefon berdering lagi dan dia bangun sekali lagi tetapi sekali lagi berhenti berbunyi apabila Jungkook cuba mengangkatnya semula.

Dia mula berasa sedikit jengkel dan menganggap itu adalah panggilan daripada seseorang yang sedang menonton siaran langsungnya.

Sambil melihat ke arah kamera, dia berkata, “Anda sedang menonton siaran langsung saya sekarang kan? Berhenti buat benda mengarut. Berhenti menelefon saya! Saya tak suka bunyi telefon itu. Bunyinya agak menyeramkan. Berhenti, okay?”

Namun, telefon berdering, kemudian hampir serta-merta berhenti semula.

Kali ini, Jungkook pergi mengambil telefon itu dan menunjukkannya kepada kamera.

“Serius, siapa awak? Saya rasa macam duduk dalam filem seram ni. Bunyinya sangat mengganggu saya. Tengok ini, skrinnya pun pecah-pecah!” kata Jungkook lagi sambil menunjukkan skrin yang rosak di depan kamera.

Tidak lama kemudian, salah seorang kakitangannya datang ke biliknya dan menyelesaikan tersebut.

Previous articleApa Itu Chakho, Pemburu Harimau Elit Era Joseon
Next articleDikatakan Sudah Bercinta 5 Tahun, Ahn Hyo Seop Tidak Mungkin Bercinta Dengan Kim Sejong