Home Entertainment “Tiada Lagi ‘Makcik’ Song Ji Hyo”, Song Ji Hyo Mengaku Sedang Berusaha...

“Tiada Lagi ‘Makcik’ Song Ji Hyo”, Song Ji Hyo Mengaku Sedang Berusaha Mengubah Hal Ini

0

Pelakon Song Ji-hyo mendedahkan mengapa dia ubah diri ke konsep hip-hop.

Pada rancangan hiburan SBS “Running Man,” yang disiarkan pada 3 April, Yoo Jae-seok berkata, “Ji-hyo telah post banyak gambar di Instagram hari ini.” Jeon So-min kemudian tertanya-tanya, “Siapa yang mengambil gambar awak? “

Song Ji hyo Running man 030422 442x1024 1

Song Ji-hyo berkata, “Saya dengar yang ramai mengatakan gaya saya seperti makcik-makcik (selepas potong rambut), jadi saya cuba mengubah konsep saya.

Saya mengubahnya selepas kena bebel dengan kakitangan. Kakitangan akan memberitahu saya cara ‘pose’ dan ‘angle’ terbaik sebelum menangkap gambar,” dia mengaku.

Baca lagi: “Setiap Seorang Tetamu Menikmati 8 Hidangan Yang Benilai Hampir RM1000” Ini Anggaran Pembelajaan Majlis Pasangan BinJin

Baca lagi: V BTS Ditangkap Merokok Di Belakang Pentas Grammy 2022

Terdahulu, selepas Song Ji-hyo menukar gaya rambut panjangnya kepada potongan pendek, peminat mengkritik bahawa ia tidak sesuai dengannya, malah menuntut perubahan gaya.

Walau bagaimanapun, orang ramai perasan gambar-gambar terbaharunya di Instagram kini semakin baik dan dia juga telah menerima banyak pujian daripada peminat.

Sumber: [1]