Home Entertainment Mesej Terbaru BIGBANG T.O.P Di Instagram Buatkan Peminat Risau Tapi Dalam Masa...

Mesej Terbaru BIGBANG T.O.P Di Instagram Buatkan Peminat Risau Tapi Dalam Masa Yang Sama Gembira

0

Dia mengucapkan terima kasih kepada peminatnya dan bercakap tentang titik perubahan baru dalam hidupnya buat masa ini.

Ramai yang percaya bahawa mesej yang ditinggalkan T.O.P BIGBANG di Instagram untuk peminatnya menandakan aktiviti kumpulan terakhirnya untuk jangka masa yang lama.

dummy

Pada 5 April, BIGBANG telah membuat kemunculan semula mereka dengan lagu “Still Life”. Ia merupakan kemunculan semula pertama mereka dalam tempoh 4 tahun!

Selepas pelancaran lagu mereka, T.O.P memuat naik mesej di Instagramnya dalam bahasa Inggeris, mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana sentiasa berada bersamanya selama 16 tahun yang lalu, sambil meminta mereka menantikan “titik perubahan baharu” dalam hidupnya.

Walaupun tidak disahkan, kebanyakan peminat percaya bahawa ini adalah kemunculan semula terakhir mereka untuk masa yang sangat lama, kerana T.O.P pernah bercakap tentang hal yang sama sebelum ini.

Pada bulan Mac, T.O.P telah ditemubual oleh majalah Prestige, dan dia berkata, “Dari awal, saya selalu berkongsi dengan peminat saya bahawa saya berbangga bahawa saya adalah TOP BIGBANG, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula berfikir bahawa mungkin ini adalah penghujungnya, dan mungkin tidak akan ada TOP BIGBANG buat sementara waktu.

Baca lagi: “Hal Ini Sangat Sensitif, Macam Mana Seorang Krew Produksi Pun Tak Boleh Berfikir?”,’Twenty-Five Twenty-One’ Teruk Dikecam

Baca lagi: “BTS Pulang Dengan Tangan Kosong, Tapi Tak Bermakna Mereka Gagal.”- Pakar Muzik

PO cove image feature 2560x171072 1

Saya berada di peringkat dalam hidup saya di mana saya ingin cabaran, rangsangan dan peralihan baharu yang baharu.”

Walaupun peminat sedih kerana ini mungkin kemunculan semula terakhir mereka untuk masa yang sangat lama, mereka juga gembira kerana T.O.P akhirnya mengejar apa yang diminatinya, dan menantikan album solo pertamanya!

Anda boleh menonton lagu terbaru BIGBANG “Still Life” di sini:

Sumber: [1]