Home Entertainment “Setiap Seorang Tetamu Menikmati 8 Hidangan Yang Benilai Hampir RM1000” Ini Anggaran...

“Setiap Seorang Tetamu Menikmati 8 Hidangan Yang Benilai Hampir RM1000” Ini Anggaran Pembelajaan Majlis Pasangan BinJin

0

Berapakah perbelanjaan Son Ye Jin dan Hyun Bin untuk perkahwinan mereka?

Pada 31 Mac jam 11 pagi KST, majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di Aston House di Hotel Grand Walkerhill di Gwangjang-dong, Gwangjin-gu, Seoul, secara tertutup.

Perkahwinan di Aston House dianggap sebagai majlis perkahwinan hotel terbaik, yang menelan kos sekitar 40 juta KRW(~RM140K) untuk menyewa tempat tersebut.

02

Untuk hiasan bunga, ia menelan kos sekitar 25 juta KRW(~RM87K) dan sekurang-kurangnya 10 juta KRW(~RM35K) untuk sekuriti. 8 hidangan untuk tetamu mereka sahaja menelan kos kira-kira 280K KRW(~RM970) setiap seorang.

Artikel Berkaitan: Perbualan Hyun Bin Dengan Bapa Mentuanya Menyentuh Hati Netizen

Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Dengan Visual Bapa Son Ye Jin, Ada Iras- Iras Hyun Bin

hyun bin son ye jin wedding photo 31032022 2 1

Pakaian perkahwinan Son Ye Jin ialah daripada Elie Saab dan Vera Wang, yang menelan belanja kira-kira 90 juta KRW (~RM 313K).

Sementara itu, ramai selebriti terkenal telah dijemput ke majlis perkahwinan mereka termasuk Gong Hyo Jin, Lee Min Jung, Uhm Ji Won, Jang Dong Gun, dan banyak lagi.

Sumber: [1]