Kumpulan K-Pop generasi pertama, S. E. S yang terdiri daripada Shoo, Bada dan Eugene berkumpul semula untuk saling beri kata-kata semangat , mengenang nasib dan menangis, lapor Chosun.

12 1

Shoo kini bergerak solo, namun bukan lagi dalam industri hiburan dan disimbah cahaya lampu glamor sebaliknya melakukan pelbagai kerja rencam seperti di pasar-pasar dan restoran bagi menampung hidupnya.

11 2

Baca lagi: Selepas Kumpulan Mereka Dibubarkan, Ada Yang Bekerja Sambilan Di Restoran, Ada Yang Menjadi Agen Hartanah…

Baca lagi: Apa Jadi Kepada Artis K-Pop Selepas Era Kegemilangan Mereka Tamat?

“Selepas insiden itu, saya melalui perbicaraan dan mahu lepaskan segala-galanya. Saya kena kerja, cari wang. Ini bukan lagi masanya untuk banyak fikir itu ini. Kini saya hidup susah, emosi tidak menentu.” Shoo mula buat pengakuan.

“Kamu perlu bertenang dalam menghadapi semua ni, Sooyoung. Kamu kena kuat.” kata kawan-kawannya, Eugene dan Bada. Sooyoung merupakan nama lain bagi Shoo.

13 1

Sebelum ini, Shoo pernah dihukum penjara selama enam bulan, 2 tahun tempoh percubaan dan 80 jam khidmat masyarakat atas kesalahan bertaruh sekitar 790 juta won (sekitar RM 3 juta) di Macau dari Ogos 2016 hingga Mei 2018. Dia turut didakwa kerana gagal membayar semula 340 juta won (RM 1.2 juta) yang dipinjamnnya untuk berjudi.

Shoo memuat naik kenyataan permohonan maaf menerusi tulisan tangan di laman sosial setelah empat tahun dilanda kontroversi.

16

“Ketika itu, saya berada dalam situasi terdesak yang membuatkan saya mahu pilih jalan ekstrem setelah bankrap. Tapi saya teringatkan keluarga. Tak patut saya terus membiarkan semua orang terluka dengan perubatan saya

“Selama empat tahun saya cuba menyelesaikan masalah ini. Walaupun hidup susah, kawan-kawan selalu ada untuk bantu dan menegur saya supaya tidak buat pilihan yang bukan-bukan. Saya bersyukur mempunyai kawan-kawan seperti Bada dan Eugene.” kata Shoo.

15

Kumpulan S.E.S merupakan kumpulan K-Pop wanita pertama yang bernaung di bawah SM Entertainment dan mula debut pada 1997 dan bubar pada 2002 kerana Bada dan Eugene tidak sambung kontrak.

14

Previous article‘Influencer’ Korea Ini Tak Pernah Tidur, Tak Stress Dan Tiada Skandal Sepanjang Hayat
Next articleApa Itu Chakho, Pemburu Harimau Elit Era Joseon