Home Tech ‘Influencer’ Korea Ini Tak Pernah Tidur, Tak Stress Dan Tiada Skandal Sepanjang...

‘Influencer’ Korea Ini Tak Pernah Tidur, Tak Stress Dan Tiada Skandal Sepanjang Hayat

0

Sektor hiburan dan komersial Korea Selatan banyak menuntut wanita muda yang cantik, hampir sempurna dan serba boleh- seperti berlakon, menyanyi, peragaan dan fesyen. Apa yang penting, mereka kekal muda dan kecantikan tidak pudar dimakan usia.

Lantaran itu, manusia maya dihasilkan daripada grafik komputer dan mereka hanya wujud di dunia siber.

Influencer’ Korea ini tidak tidur, tidak stress dan tiada skandal kerana dia bukan manusia sebenar. Namanya Rozy berumur 22 tahun dan tinggi 171 cm.

 

Dengan 125,000 pengikut di Instagram, dia menerima verified badge daripada platform media sosial. Badge ini maksudnya Instagram mengesahkan yang sesebuah akaun itu asli dan dikendalikan oleh figura awam, selebriti atau jenama.

Baca lagi: Imma- Model Lawa Ini Sebenarnya Bukan Manusia

Baca lagi: Bintang Virtual AI Menandatangani Kontrak Dengan YG Kplus

Rozy turut menggegarkan dunia pemasaran apabila dia juga muncul dalam iklan komersial untuk syarikat insurans tahun lepas.

Permintaan pasaran terhadap Rozy yang tidak pernah menua ini meroket naik untuk syarikat dalam pelbagai industri seperti automobil, kosmetik dan fesyen.

Menurut Headtopics, pendapatan yang diraihnya  dianggarkan bernilai lebih 1.5 billion won (RM5 juta) tahun lepas. Di samping itu, dia juga debut sebagai penyanyi setelah mengeluarkan album pertamanya, Who Am I.