Wajah comel, putih mulus dengan berambut pink potongan bob serta penampilan street-style dan kawaii ini menjadi tatapan 341 ribu pengikutnya di laman Instagram.

Apa yang membezakan Imma dengan gadis-gadis jelita lain bukanlah mekap atau selera fesyennya tetapi kenyataan yang dia bukan manusia dan sebenarnya tidak wujud di dunia nyata.

Kini, teknologi Computer-Generated Imagery (CGI) bukan saja digunakan untuk menghasilkan kesan khas dalam filem tetapi juga melahirkan ‘manusia maya’ seperti Imma.

Mengikut perkongsian laman web Interesting Engineering, Imma ‘dilahirkan’ oleh syarikat CG ModelingCafe, dengan cara memindahkan dan mencantumkan kepala animasi 3D Imma ini dengan tubuh manusia berlatarkan dunia sebenar.

Perincian wajah Imma yang realistik ini hasil sentuhan seorang jurutera wanita yang mengerjakan projek ini dengan begitu teliti supaya dapat menyempurnakan penampilan Imma.

Imma dinamakan sempena perkataan Jepun, Ima (bermaksud sekarang).

Bukan itu sahaja, dia turut berdiri sebaris dengan model manusia sebenar dalam satu sesi photoshoot memperagakan jenama kosmetik.

Kelahiran model digital ini membuatkan para penggiat industri fesyen tertanya-tanya, adakah suatu hari nanti teknologi akan turut mengambil alih kerja model, influencer dan selebriti?

Sumber: [1], [2]

Previous article‘Sayonara’ Olimpik Tokyo 2020, Tokyo Serah Baton Kepada Paris Jadi Tuan Rumah
Next article‘Banjiha’: Penghuni Yang Tinggal Di Apartment Tingkat Bawah Tanah Seperti Dalam Filem Parasite