Acara temasya Sukan Olimpik melabuhkan tirainya semalam pada jam 8 malam waktu Tokyo.

Majlis penutupan diakhiri dengan perkataan Jepun “Arigato” bermaksud “Terima Kasih” yang terlayar di skrin gergasi ketika perbarisan para atlet.

Acara bersejarah itu diisytiharkan tamat oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach yang turut mengakui penganjuran Olimpik di Tokyo itu adalah satu perjalanan yang paling mencabar.

Menurut laman Astro Awani, Jepun dilaporkan telah membelanjakan sehingga AS$15.4 bilion (RM65 bilion) demi merealisasikan tanggungjawab sebagai tuan rumah, yang juga rekod termahal dalam sejarah penganjuran.

Manakala di ibu negara Perancis, NBC melaporkan orang ramai berkumpul dan bersorak menyambut kedatangan Sukan Olimpik Paris 2024, malah siap ada yang menari di kaki lima Menara Eiffel sementara jet pejuang menyembur asap warna biru, putih dan merah di udara.

Sayonara Tokyo, Bonjour Paris

@paris2024officiel

Let’s write a new chapter of the Olympic Games in #Paris2024 🇫🇷 #olympicspirit #olympics #paris

♬ Super Smash Bros Brawl Drill Remix – Shae OT

Sumber: [1], [2]

Previous articleSiti Sarah Pergi Buat Selama-lamanya
Next articleImma- Model Lawa Ini Sebenarnya Bukan Manusia