Home Tech Lelaki Jepun Ini Ditahan Sebab Stalk Wanita Pujaan Hati Menerusi Akaun Bank

Lelaki Jepun Ini Ditahan Sebab Stalk Wanita Pujaan Hati Menerusi Akaun Bank

0

Baru-baru ini seorang lelaki Jepun ditahan kerana menghendap seorang wanita tanpa henti melalui akaun bank.

Menurut pihak polis Wilayah Hyogo, lelaki itu pertama kali bertemu wanita berkenaan yang bekerja di sebuah restoran. Sejak itu entah macam mana dia berjaya jumpa maklumat akaun bank crush dia di internet dan berulang kali memindahkan duit 1-yen (sekitar 37 sen) pada 11 Oktober hingga 29 Oktober.

Ada ketikanya lebih banyak namun jumlah keseluruhan wang yang dia bagi tidak lebih daripada 100 yen (hampir empat ringgit). Motif? Nak  hubungi wanita berkenaan dengan cara rare.

110zeikin336 TP V

Memetik artikel portal SoraNews24, setiap kali pemindahan dibuat, suspek meninggalkan mesej dalam ruang dan huruf yang terhad di bahagian deskripsi contohnya “HANASHISHIYOU” (ハナシシヨウ) yang bermaksud JOM CHAT.

Mesej “KANEKAESE” (カネカエセ) atau “BAYAR AKU BALIK” pun ada.

Beberapa minggu kemudian dia tiba-tiba muncul di rumah mangsa dan wanita tersebut terus buat laporan polis.

Serta-merta tangkapan dibuat dan dalam siasatan, lelaki itu mengaku buat macam tu sebab “sukakan dia”.  Ia dipercayai merupakan kes pertama yang dilaporkan menghendap menerusi akaun bank seseorang di negara matahari terbit itu,

Kes aneh bin ajaib bin pelik ini turut mendapat komen dan perhatian netizen:

“Macam mana dia dapat info akaun bank, bukan e-mel ke, media sosial ke?”

“Mungkin perempuan tu dah blocked dia di merata-rata tempat komunikasi, tapi boleh ke block akaun bank?”

“Aku tak tahu lah nak cakap ni smart or stupid.”

“Aku pun tak terfikir benda macam ni.”

“Dah kenapa dia minta balik duit yen tu?”

Walaupun ini cerita yang berlaku di Jepun, warga Malaysia terutamanya ladies perlu juga berhati-hati kerana semakin maju teknologi, semakin canggih juga aktiviti jenayah.