Home Tech Molka: Jenayah Kamera Pengintai Di Korea

Molka: Jenayah Kamera Pengintai Di Korea

0

Kandungan artikel ini mungkin agak disturbing

Suatu malam, seorang lelaki Korea berusia 50-an dapat khabar yang menyedihkan. Anak gadisnya terjun dari rumah selepas diganggu mimpi ngeri sampai dipreskripsi ubat anti-kemurungan.

Buat seketika dia berada dalam penafian, bahawa anak gadisnya cuma cedera parah sehinggalah nyaris hilang akal bila menyedari anaknya itu tinggal di tingkat 17.

Seorang bapa kehilangan anak perempuannya kerana Molka, perkataan Korea untuk kamera rahsia. Mangsa di atas trauma selepas dapat tahu dia dirakam di bilik persalinan tempat kerja.

molka kkk
Via Canva Pro

Kamera ini ada yang sekecil lubang jarum, diselit di merata-rata tempat khususnya hotel, bilik persalinan wanita dan motel untuk mengintai.

Di tandas-tandas awam juga ada banyak kamera kecil ini, apa yang menariknya tengok orang berak? Kini ada skuad pemeriksa yang meronda tandas awam untuk check dan buang benda itu.

92381270 hiddencameras
Via BBC

Masyarakat Buka Mata Luas-luas

Pada mulanya jenayah seksual digital ini dipandang ringan, kerana sistem patriarki begitu kuat di Korea Selatan di mana lelaki lebih dominan daripada wanita.

Kebanyakan mangsa wanita takut nak mengadu kerana bimbang dihakimi mata-mata orang ramai waima keluarga sendiri dan akhirnya dipersalahkan.

Akhirnya para wanita Korea Selatan bangkit berdemonstrasi besar-besaran menentang jenayah Molka ini.

DjzrSlcVAAAEkye
Via Twitter

Semakin terbuka luas mata masyarakat apabila terbongkar artis-artis K-pop turut terlibat dalam jenayah ini menerusi skandal ‘Burning Sun’ yang panjang ceritanya.

Kini penjenayah bukan lagi berselindung dalam kegelapan, ada juga yang terang disuluh lampu spotlight glamor.

Punca Molka Terjadi

Umum mengetahui yang kini dunia sedang dilambung Korean Wave tahap tsunami, dari K-pop, K-Drama sehinggalah gaya hidup.

Ramai nak tahu tentang Korea selepas negara itu sukses menawan dunia dengan dunia hiburannya.

wwww
Via Reddit

Pornografi pun termasuk sekali, antara penyebab molka ini adalah terdapat banyak permintaan daripada pengendali laman web babak dewasa di luar negara.

Kemajuan teknologi dan internet laju turut merancakkan lagi jenayah itu. Kamera paling canggih tetapi bahaya bila boleh sambung dengan Wi-Fi terus.

Kamera ini mudah didapati di kedai-kedai (sama ada fizikal dan online). Korea Selatan tidak mengharamkan penjualannya kerana tujuan asalnya digunakan untuk keselamatan seperti tangkap pencuri atau mengawasi anak.

Tetapi lain jadinya bila disalahgunakan untuk menceroboh keselamatan dan kehormatan orang lain.

Itulah pendapat Son Hae Yeong yang merupakan seorang pakar pemburu kamera pengintip di Korea Selatan menerusi temu bual bersama Asian Boss.

Kamera rahsia ini boleh menjelma dalam pelbagai bentuk rupa seperti pen, angka jam  spek mata bahkan botol air Coke. Saiznya sangat kecil sehingga muat untuk masuk ke dalam objek-objek itu.

qqqq
Via Asian Boss

Seram jugalah masa dia tunjuk lebih kurang ada 30 buah kamera tersorok di dalam bilik hotel menerusi video di bawah. Tertinggal satu kamera pun bahaya sebab ia boleh pusing 160°-360° merakam kegiatan di situ.

Ketika ditanya mengapa dia sanggup mendedikasikan hidupnya selama 20 tahun nak banteras jenayah ini, jawab Son Hae Yeong kerana dia pun ada anak perempuan yang masih kecil, tidak mahu mereka pun jadi mangsa apabila dewasa nanti.

Sumber: BBC, Asian Boss