Home Movie Geng Lanun Ini Jumpa Penguin Di Pulau Misteri Dalam Treler ‘The Pirates:...

Geng Lanun Ini Jumpa Penguin Di Pulau Misteri Dalam Treler ‘The Pirates: Goblin Flag’

0

Filem komedi dan pengembaraan ‘The Pirates: Goblin Flag’ yang dinanti-nantikan ramai ini telah mengeluarkan treler utamanya!

Filem sekuel kepada ‘The Pirates’ 2014 ini berkisarkan sekumpulan pencari rezeki yang cuba nasib memburu harta karun hilang di laut lepas. Watak-wataknya seperti berikut:

Woo Moo Chi (Kang Ha Neul) – Ketua penyamun dan mengaku sebagai ahli pedang terbaik di Goryeo.

Kang Ha Neul scaled

Hae Rang (Han Hyo Joo)- Kapten lanun tegar dan pemilik kapal.

Han Hyo Joo1 scaled

Mak Yi (Lee Kwang Soo)- Bercita-cita nak jadi raja lanun.

Lee Kwang Soo scaled

Han Goong (Sehun EXO)- Pemanah handal.

EXO Sehun scaled

Hae Geum (Chae Soo Bin)- Penipu berbakat besar.

Chae Soo Bin scaled

Boo Heung Soo (Kwon Sang Woo)- Penjahat dan pemberontak yang turut ingin menawan harta karun hilang itu.

Kwon Sang Woo scaled

Menerusi video treler tersebut, boleh nampak Lee Kwang Soo berdiri gugup apabila dikelilingi lanun.

Lalu salah seorang lanun itu bertanya, “Kau siapa?”

Kwang Soo jawablah dia seorang lanun.

“Tak pernah nampak pun sebelum ni?”

“Memanglah, sebab ini baru hari kelima saya jadi lanun.” balas Kwang Soo

Pencarian harta karun diraja yang dicuri dan hilang di laut itu membawa mereka ke gua-gua misteri dan pulau-pulau yang tidak diketahui, di mana mereka jumpa penguin buat kali pertama.

Di saat lain, ada penjahat yang turut mengejar harta itu dan bertekad untuk memilikinya walau macam mana cara pun. Dia percaya bendera jembalang itu memegang kunci petunjuk kepada teka-teki harta karun yang hilang.

Ketika bertempur merebut harta-harta karun itu, tiba-tiba laut bergelora dipukul ribut dan kapal terumbang-ambing.

Kang Ha Neul, Han Hyo Joo, dan Kwon Sang Woo tayang skil bermain pedang masing-masing, Sehun memanah musuh dengan penuh bergaya manakala Kwang Soo pula menangis di tiang bendera.

Tonton treler penuh di bawah!

Sumber: Soompi