Home Entertainment 5 Pelakon Yang Baru Bergelar Ibu Atau Akan Menjadi Ibu Tidak Lama...

5 Pelakon Yang Baru Bergelar Ibu Atau Akan Menjadi Ibu Tidak Lama Lagi

0

Dunia perfileman dan televisyen bertuah kerana mempunyai begitu ramai pelakon yang berbakat di Korea.

Namun, ada pelakon yang mengutamakan kerjaya mereka, dan ada juga yang mencuba untuk mengimbangi antara kerja dan kehidupan peribadi mereka. Tidak lupa juga kepada artis yang memilih untuk berehat sepenuhnya demi keluarga mereka.

Capture 2

Berikut ialah senarai beberapa pelakon Korea yang baru bergelar ibu atau bakal melahirkan tidak lama lagi.

1. Park Shin Hye

Pada 23 November 2021, Park Shin Hye mengumumkan perkahwinannya yang akan datang dengan pelakon, Choi Tae Joon beserta berita kehamilannya.

1641189624 1637701931 untitled 1

Pasangan itu telah bercinta sejak akhir tahun 2017. Pelakon itu menulis surat yang tulus kepada peminatnya untuk berkongsi berita gembira tersebut.

2. Kang Sora

Pada 15 April 2021, Kang Sora telah selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat. Dia telah berkahwin dengan seseorang yang bukan selebriti pada Ogos 2021.

ef82d55752f048fea49634fb624d2635

3. Hwang Jung Eum

Tidak lama lagi Hwang Jung Eum akan menyambut kelahiran anaknya yang kedua seperti yang telah didedahkan oleh agensinya 12 Oktober yang lalu.

Capture 1

Dia mempunyai anak lelaki pertamanya pada 2017 bersama suaminya Lee Young Don, bekas pemain golf profesional dan ahli perniagaan.

4. Min Hyo Rin

Min Hyo Rin, isteri kepada Taeyang (BIGBANG) kini telah menjadi ibu kepada bayi lelaki yang sihat yang dilahirkan pada Disember 2021.

taeyang official youtube min hyorin 092721

Pasangan itu telah bertemu untuk pertama kali di set video muzik Taeyang “1AM” pada 2014 dan telah berkahwin empat tahun kemudian.

5. Sang Yuri

Ahli Fin.K.L dan pelakon Sung Yuri menjangkakan anak kembar dalam kehamilan pertamanya seperti yang diumumkan pada 16 Julai 2021.

yuri

Pelakon itu telah berkahwin dengan pemain golf profesional Ahn Sung Hyun sejak Mei 2017.

 

Sumber: Soompi