Punca Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO sebuah syarikat makanan terkemuka di Korea meletak jawatan telah menarik rasa ingin tahu orang ramai.

Pada Oktober tahun lalu, CEO berkenaan melancarkan ramen premium bernama ‘Lee Jung-jae Ramen’. Dutanya adalah bintang Squid Game, Lee Jung Jae dan sebanyak tiga juta bungkus ramen terjual dalam masa sebulan selepas dikeluarkan ke pasaran.

Namun rekod itu tidak bertahan lama, kian merosot dan akhirnya menerima hasil yang lebih rendah daripada jangkaan. Sehubungan itu, pihak dalam industri berpendapat CEO tersebut meletak jawatan kerana berasa bertanggungjawab atas kegagalan jualan ramen itu.

Harga tinggi tidak munasabah dikatakan menjadi punca kegagalannya. Harga sebungkus ramen premium tersebut dikatakan 30% lebih mahal daripada harga pasaran biasa.

Selain itu, ia dinilai sebagai tidak cukup kuat bagi mendorong pengguna membelinya secara rela hati. Ada yang kata membelinya hanya kerana ingin tahu, namun tidak rasa tertarik untuk membeli produk itu semula.

Sumber: Wikitree

Previous articleKim Tae Hee Pernah Menolak Rain Sebanyak 5 Kali Gara- Gara Ini
Next article5 Pelakon Yang Baru Bergelar Ibu Atau Akan Menjadi Ibu Tidak Lama Lagi