Home Kdrama/Kmovie Squid Game Musim Ke-2 Bakal Muncul, Pengarah Kata Tengah ‘On The Way’

Squid Game Musim Ke-2 Bakal Muncul, Pengarah Kata Tengah ‘On The Way’

0

“Gi-hun akan kembali ke Netflix”, kata Hwang Dong-hyuk, pengarah dan penulis naskhah ‘Squid Game’ seperti yang dilaporkan oleh CNET.

Siri drama sensasi dari Korea Selatan itu disahkan bakal bersambung dengan pembikinan musim kedua.

16330974723192

Menurut beberapa sumber media, pengarah itu tiada pilihan dan kena buat juga siri musim ke-2 bagi menunaikan permintaan ramai, berdasarkan petikan artikel Astro AWANI.

“Terdapat begitu banyak tekanan, begitu banyak permintaan dan begitu banyak dorongan untuk musim kedua.

“Jadi, saya hampir merasakan anda tidak meninggalkan kami sebarang pilihan, tetapi saya akan katakan memang akan ada musim kedua.”

Terdahulu Hwang merancang untuk bikin filem dulu, namun pada masa yang sama ilham untuk buat siri kedua juga datang menyalakan mentol idea di kepalanya, berkemungkinan drama survival warna-warni itu akan fokus kepada antagonis Front Man bertopeng itu.

frontman

“Ia berada di dalam kepala saya sekarang. Saya sedang dalam proses perancangan. Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk menyatakan bila dan bagaimana.

“Jadi saya akan berjanji ini kepada anda, Gi-hun akan kembali dan dia akan melakukan sesuatu untuk dunia,” ujarnya dalam sesi tayangan khas di Los Angeles pada Isnin.

Hmm, apa agaknya yang Gi-hun akan buat nanti selepas tinggalkan penonton dengan cliff-hanger semasa musim pertama?