Home News “Saya mengalami gangguan..” – Lee Kyu Han akui kehidupannya..

“Saya mengalami gangguan..” – Lee Kyu Han akui kehidupannya..

0

Selepas  membuat keuputusan untuk menarik diri daripada dua drama, netizen mula membuat spekulasi keputusan itu dibuat disebabkan pelakon Lee Kyu Han berdepan dengan tuduhan melakukan serangan fizikal pada Ogos 2020.

Menerusi halaman rasmi Soompi, Lee Kyu Han menafikan dakwaan tersebut malah turut mengakui dirinya mengalami serangan panik disebabkan perkara itu.

“Kejadian yang berlaku pada Ogos 2020 masih mengganggu saya. Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah saya tidak melakukan serangan fizikal atau lisan.

“Saya boleh mempertaruhkan nyawa saya dalam hal ini. Buat masa ini, saya tidak mempunyai agensi, jadi ramai wartawan menghubungi saya secara terus.

“Tetapi saya mengalami gangguan panik yang teruk kerana kejadian ini dan saya tidak boleh beri respons kepada mereka. Saya amat kesal tentang perkara ini,” katanya.

Sebelum ini, keputusan Lee Kyu Han menarik diri secara mengejut daripada dua drama yang sudah dipersetujui mengundang persoalan dalam kalangan peminat.

Memetik laporan Soompi, Lee Kyu Han memberitahu keputusan berat itu terpaksa diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin merosot.

Dalam pada itu, Lee Kyu Han akan mendedahkan apa yang berlaku selepas dirinya dibebaskan daripada semua tuduhan dan kesihatannya pulih.

“Saya akan dedahakn segala apa yang berlaku selepas saya dibebaskan daripada semua tuduhan dan kesihatan kembali pulih. tu pun jika ada yang masih berminat dengan cerita saya,” ujarnya.

Sumber: Soompi