Home Kdrama/Kmovie Penulis Skrip Ini Berjaya Satukan Shin Min Ah & Kim Woo Bin...

Penulis Skrip Ini Berjaya Satukan Shin Min Ah & Kim Woo Bin Dalam Satu Drama

0

Penulis skrip drama Noh Hee-kyung mendedahkan bagaimana dia berjaya membawa pasangan kekasih selebriti, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin ke dalam drama terbaharunya.

Pada 7 April, penulis skrip drama, Noh Hee-kyung, penerbit Kim Gyu-tae dan para pelakon drama terbaharu tvN ‘Our Blues’ mengadakan sidang akhbar.

Memetik laporan SBS, Noh Hee-kyung berkongsi di sidang akhbar itu bagaimana dia akhirnya berjaya menarik Shin Min Ah dan Kim Woo Bin yang menjalinkan hubungan romantik dalam kehidupan sebenar untuk berlakon sekali dalam satu drama.

“Naluri saya berkata bahawa jika saya berikan peranan kepada mereka (Shin Min Ah & Kim Woo Bin) untuk bercinta dalam drama, mungkin mereka akan berkata ‘Tidak’.

“Jadi saya bertanya adakah mereka akan menyertai drama itu jika watak masing-masing mempunyai cerita berbeza, dan mereka jawab ‘Okay’.

“Saya rasa mereka memilih untuk melakukan projek ini dengan saya kerana mereka amat profesional. Saya langsung tidak bimbang mengenainya, mereka juga sangat cool.” kata penulis skrip itu.