Home Entertainment Kim Tae-ri Pernah Dilaporkan Hilang, Ini Perkara Nakal Yang Dia Buat Semasa...

Kim Tae-ri Pernah Dilaporkan Hilang, Ini Perkara Nakal Yang Dia Buat Semasa Zaman Kampus

0

Kim Tae-ri merupakan alumni Universiti Kyung Hee dalam jurusan Kewartawanan dan Komunikasi.

Dalam satu temu bual dengan NewsCulture, dia berkata yang pada mulanya dia mahu jadi pembaca berita, namun akhirnya tukar cita-cita selepas menyertai kelab teater di universiti dan gembira dapat berlakon.

IMG 20220408 140926 805

“Saya rasa saya ni agak buas jugalah semasa zaman belajar di kolej dulu.” kata bintang Twenty-five, Twenty-one itu.

Ceritanya lagi, perkara paling legend yang pernah dilakukannya semasa di universiti dulu adalah memanjat belakang patung singa, bergambar dan fotonya itu menarik perhatian ramai serta tular.

IMG 20220408 140921 641

Katanya lagi menurut mitos universiti, sesiapa yang berjaya panjat patung itu boleh bercinta dengan seseorang di kampus. Tetapi itu bukanlah motifnya, dia panjat itu sebab dia rasa mampu buat.

Manakala semasa tahun satu pula, dia selalu melepak dengan member-member dan bermain-main. “Tiada siapa halang saya, seronok betul saya lepak dan main. Studi masa tu memang ke laut.” ujar aktres itu lagi.

“Pak Cik saya pernah buat laporan polis tentang kehilangan saya kerana saya tak balik-balik rumah.” kata Kim Tae Ri lagi, rupanya dia ‘hilang’ kerana melepak di rumah rakannya.

“Semasa tahun ketiga, kawan saya yang pandai tengok kad laporan dan jadual saya, katanya, ‘Kau tak boleh grad dengan keadaan macam ni.’ Kalau bukan kerana dia, mungkin saya tak mampu graduasi.”

“Apa pun, saya betul-betul menikmati masa muda saya.” kata pelakon tersebut.