Home Concert Kecoh Sedunia, Ini Rupanya Perkara Yang Dibisik V Ke Telinga Olivia Rodrigo...

Kecoh Sedunia, Ini Rupanya Perkara Yang Dibisik V Ke Telinga Olivia Rodrigo Di Grammy

0

BTS merupakan salah satu penyanyi yang dijemput dan telah hadir di Anugerah Grammy yang ke-64. Acara tersebut telah berlangsung pada 4 April di MGM Grand Garden Area di Las Vegas.

Mereka turut dicalonkan dalam kategori ‘Best Pop Duo/ Group Performance’ dan telah membuat persembahan yang menakjubkan dengan lagu “Butter”.

BTS

Semasa melakukan mempersembahkan “Butter”, ahli BTS (kecuali jungkook dan Jin) duduk bersama-sama penonton. Namun, yang menariknya V telah memandang sedalam-dalamnya ke dalam mata penyanyi Olivia Rodrigo dan berbisik sesuatu ke telinganya.

Penyanyi yang pada malam itu merangkul 3 Grammy kelihatan terkejut apabila V membisikkan sesuatu kepadanya.

https hypebeast.com wp content blogs.dir 6 files 2022 04 bts v olivia rodrigo grammys performance butter flirt watch 2

Skit “bisikan” seksi mereka menjadi viral dan telah menarik perhatian ramai. Pada 6 April, seorang peminat bertanya kepada V di Weverse. “Apa yang awak bisikkan pada Olivia Rodrigo?,” tanya peminat dan V menjawab, “Saya cuma cakap ‘sesuatu yang penting’. Kami memang kenal antara satu sama lain.”

V kemudian menambah, “Saya sebenarnya tak bercakap dalam bahasa Inggris mahupun bahasa Korea.”

00421510 1

Mereka sebenarnya tidak bercakap apa-apa pun, dan ianya hanya sekadar lakonan. Dalam masa yang sama V telah memuji Olivia kerana dia telah menunjukkan ekspresi wajahnya yang seolah-olah seperti dia mendengarkan sesuatu yang mengejutkan.

Walaupun skit ‘menggoda’ antara V dan Olivia viral di media sosial, peminat berasa hampa kerana BTS gagal membawa pulang anugerah Pop Duo/Group Performance setelah kalah kepada Doja Cat dan SZA untuk lagu “Kiss Me More”.

https://www.youtube.com/watch?v=djINV4x3woY