Home Concert 5 Persembahan BIGBANG Paling Epik & Fantastik

5 Persembahan BIGBANG Paling Epik & Fantastik

0

BIGBANG akan kembali menggegar pentas muzik? Itulah yang sedang trending ketika artikel ini ditulis.

Raja K-Pop ini terkenal dengan kekuatan vokal, fesyen ikonik dan persembahan yang bertenaga. Mula debut pada 2006, kumpulan ini diuruskan oleh YG Entertainment dan bermula dengan G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri.

Tahun demi tahun berlalu, banyak cerita yang mewarnai hidup mereka sebagai seorang bintang K-pop.

Baca lagi: Bekas Anggota Big Bang, Seungri Dihukum Penjara 3 Tahun

Baca lagi: T.O.P BIGBANG Mahu Tubuhkan Labelnya Demi Menggubah Sistem Pelatih Yang Diperlakukan Seperti Robot?

Baca lagi: T.O.P BIGBANG Kongsi Perasaanya Selepas Meninggalkan Agensi Lamanya YG Entertainment

Selepas hiatus, YG mengumumkan BIGBANG bakal buat comeback dengan lagu baru dan menurut The Seoul Story, penggambaran video muzik terbaru mereka sudah siap.

Sementara itu, jom kita tengok lima persembahan epik daripada kumpulan K-pop ini:

#5 ‘Fantastic Baby’ Japan Dome Tour

Ini antara persembahan BIGBANG di Jepun yang paling gempak dengan pentas yang boleh ditinggikan, percikan bunga api dan pencahayaan merah, berpadu pula dengan vokal kuat, tenaga dan karisma 5-member band ketika itu.

#4 We Like 2 Party

Rentak tarian yang catchy, relax dan bersarungkan fabrik denim di tubuh membuatkan G-Dragon, T.O.P., Taeyang, Daesung dan Seungri seolah-olah mengajak penonton berparti seperti kawan-kawan yang dah lama kenal. Walaupun tampak lebih ringkas, kelihatannya mereka tetap berseronok di atas pentas.

#3 Bigbang – ‘Loser’ + ‘Bae Bae’ + ‘Bang Bang Bang Mama

Dalam video konsert ini, anda akan nampak kinetic art atau art in motion. Mashup lagu ‘Loser’, ‘Bae Bae’ dan ‘Bang Bang Bang’ menyerlahkan bakat dan kreativiti band ini.  Spotlight bergerak menyuluh dari satu member ke member lain setiap kali mereka muncul di pentas, memukau audiens dengan suara dan koreografi mereka yang seragam.

#2 ‘Loser’ 2015 ‘MADE IN SEOUL’

Pentas di konsert ini merupakan antara yang paling elegan, dengan kurungan kaca dan reka bentuk pentas seperti cermin menjadikan kumpulan penyanyi ini kelihatan misteri apabila melantunkan lagu yang liriknya mempunyai makna mendalam. Gaya fesyen pun turut ‘king’ seperti yang dijangka.

#1 ‘Bang Bang Bang’ Shanghai Concert

Ini satu lagi persembahan padu yang membuatkan darah anda mengepam laju. Persembahan  ini benar-benar menyerlahkan gerakan tarian dari ahli Big Bang hinggalah penari mereka apabila mempersembahkan lagu ini! Sambil disinari laser lampu pentas, persembahan rancak mereka turut diiringi lautan mahkota emas daripada light stick peminat.

Sumber: [1],[2]