Home Concert 13 Rancangan Korea Yang Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 2023

13 Rancangan Korea Yang Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 2023

0

Setelah kejayaan drama siri Korea, Big Bet yang membuka tahun ini dan menjadi siri original Disney+ Hotstar yang paling banyak ditonton di Korea pada minggu pertamanya, Disney+ Hotstar kini menyajikan lebih banyak rancangan dari negara Korea pada tahun 2023.

Bermula dari konsert dan dokumentari K-pop, drama siri jenayah, variety show, drama siri komedi yang berlatarkan tempat kerja, dan banyak lagi. Berikut ini adalah senarai kandungan hiburan Korea berkualiti yang dapat ditonton di Disney+ Hotstar. Jom sama-sama kita lihat senarainya di bawah ini:

9a92c111 87d7 4252 ac53 f841f4f146621. The Worst of Evil
Berlatarkan tahun 1990-an di Korea, The Worst of Evil dibintangi oleh Ji Chang Wook, Wi Hajoon dan Lim Semi. Drama siri ini mengisahkan tentang pasukan penyiasatan yang mana salah seorang anggota pasukannya sedang melakukan penyamaran, Kang Joonmo, menyusup ke sebuah organisasi jenayah yang menjadi dalang di sebalik kes perdagangan ubat terlarang di Korea, Cina, dan juga Jepun.

7e32186c 6a34 48cb a9dc 8aef9e7b021f2. Vigilante
Setelah melihat dengan mata kepalanya sendiri, kejadian pembunuhan brutal yang menimpa ibunya serta kegagalan sistem undang-undang, Kim Jiyong nekad untuk mendedikasikan hidupnya untuk membalas dendam terhadap para penjahat yang tidak pernah bertaubat. Dibintangi oleh Nam Joohyuk sebagai seorang pelajar cemerlang yang merupakan vigilante yang pendendam iaitu Kim Jiyong. Vigilante adalah drama siri Korea bergenre thriller yang akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada tahun ini.

216504fa 464a 49a6 b2af 227c3e628ffe3. Shadow Detective Musim 2
Setelah episod akhir yang sangat tegang dan menampilkan harapan detektif Kim Tae Rok yang semakin pudar, Shadow Detective akan kembali dengan musim kedua pada tahun 2023, eksklusif di Disney+ Hotstar.

474bf8a7 a6e3 4818 ae2f cebeee9e09ad4. Han River Police
Dibintangi oleh Kwon Sang Woo dan Kim Hee Won, dengan genre aksi, komedi, dan fiksyen ini mengisahkan tentang pasukan polis Han River di Seoul yang melakukan rondaan di kawasan perairan dan menangani situasi darurat seperti insiden keganasan, kecelakaan, dan lain-lain lagi.

0e04c9b1 0523 4e30 806d 61f15c1e15a35. RACE
Walaupun Park Yoonjo tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman yang mencukupi, dia tetap memiliki semangat kerja yang tinggi. Namun, ketika semua pekerja di syarikat mengetahui bahawa beberapa orang pegawai baru direkrut hanya untuk memenuhi program yang baru dibuat, Yoonjo perlu menghadapi rintangan besar supaya diterima oleh setiap orang di syarikat tersebut. Dibintangi oleh Lee Yeonhee, Moon Sori, Hong Jonghyun, dan Chung Yunho, penonton diajak untuk bersantai sambil menikmati drama siri komedi berlatarkan tempat kerja ini mulai 10 Mei, eksklusif di Disney+ Hotstar.

15eafb1e 7b3c 439c af15 16ce8e86fdb66. SUGA: Road to D-DAY
Menampilkan SUGA dari ikon pop abad ke-21, BTS, filem dokumentari ini akan menunjukkan perjalanan bintang idol mengelilingi dunia dan mencari inspirasi muzik untuk album terbarunya D-DAY. Sepanjang dokumentari berlangsung, para penonton akan menyaksikan bintang idol pujaan yang berada dalam pelbagai situasi seperti perbincangan berkaitan writer’s block dengan pemuzik-pemuzik lain, hingga detik-detik mengenangkan kenangan penuh trauma ketika dia menulis lirik untuk beberapa lagu terbarunya.

Baca Lagi: 10 Kdrama Komedi Bertema Perniagaan & Pekerjaan Yang Sangat Mencuit Hati

6fd264b4 9903 4fde aedf 570a87ad37ec7. FULL COUNT
Pada tahun 2023, jom ikuti perjalanan sepuluh pasukan besbol profesional Korea dalam perjuangan mereka untuk merebut gelaran dalam 2022 Korean Series Champions. Ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

855105ee ea48 4d3c 88db ab7adde212ea
8. PSY SUMMER SWAG 2022
PSY mengajak para peminatnya untuk menari dan bersantai di bawah panahan matahari terik sambil diiringi lagu sensasi global “Gangnam Style” di konsert pertamanya sejak pandemik bermula iaitu Summer Swag, dalam filem konsert original Korea yang akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 3 Mei 2023.

82920d90 f39a 4534 bd4a 8781d68d64fc9. The Zone: Survival Mission 2
Dibarisi oleh bintang ternama dari Korea Selatan seperti, Yu Jaeseok, Lee Kwangsoo dan Kwon Yuri, siri kedua dari variety show popular di Korea ini akan menampilkan banyak teka-teki, tawa ria, dan adegan lucu. Ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada tahun ini juga.

2f68ee67 c25a 4a29 8629 3bfe4efe6bed10. Pandora: Beneath the Paradise
Hidup Hong Tae Ra yang kelihatan sempurna membuatkan ramai orang iri hati kepadanya. Berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berjaya, serta memiliki seorang anak perempuan yang penyayang, semuanya berjalan sempurna dalam hidupnya—Hong Tae Ra hanya berharap dirinya dapat mengingati bagaimana semua ini terjadi dalam hidupnya. Keadaan Hong Tae Ra yang membuatnya tidak dapat mengingati masa lalu mula mengganggunya ketika ingatannya perlahan-lahan mulai kembali, dan dia menyedari bahawa dirinya hanyalah alat dalam sebuah permainan yang sangat rumit.

IMG 3672

11. Family: The Unbreakable Bond
Selama bertahun-tahun, ejen rahsia Korea Selatan yang bernama Kwon Do Hoon berjaya merahsiakan kerjaya asalnya daripada semua orang termasuk isterinya sendiri. Dia mengaku kepada kawan-kawan dan ahli keluarganya bahawa dirinya hanyalah seorang pekerja biasa di sebuah syarikat perdagangan tempatan. Kwon Do Hoon berusaha dengan gigih untuk menjaga penyamarannya dan memberikan kehidupan sempurna seperti yang diimpikan oleh isterinya. Namun, Kwon Do Hoon tidak tahu bahwa isterinya sebenarnya menyimpan sebuah rahsia besar yang sangat merbahaya.

IMG 368712. Dr. Romantic 3
Dr. Romantic 3 kembali menampilkan kisah Kim Sa Bu, iaitu seorang pakar bedah yang mengundurkan diri dari jabatan terkemuka di pusat medik ternama di Seoul dan berpindah ke Hospital Doldam iaitu sebuah hospital di daerah terpencil. Dr. Romantic 3 kembali dengan barisan doktor-doktor baru, watak antagonis baru, dan kisah romantik yang cukup menarik, rugi jika terlepas untuk menontonnya.

11b3a2ad 5ed1 4561 b4fa 27894bf5bb3213. The First Responders II
Menyambung kisah dari musim 1 siri fiksyen yang popular tentang pihak polis dan anggota bomba yang bekerja sama untuk menyelesaikan pelbagai kes sulit. The First Responders akan kembali di Disney+ Hotstar dengan musim kedua.

Demikian sahaja rancangan hiburan dari Korea Selatan yang ditayangkan di Disney+ Hotstar untuk tahun 2023. Rancangan mana satukah yang menjadi kegemaran anda?

Baca Juga: 10 Kdrama Viral Yang Tidak Tercalon Di Anugerah Baeksang 2023