Home Entertainment 10 Kdrama Komedi Bertema Perniagaan & Pekerjaan Yang Sangat Mencuit Hati

10 Kdrama Komedi Bertema Perniagaan & Pekerjaan Yang Sangat Mencuit Hati

0

Drama siri bergenre komedi Korea Selatan memang sangat diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Pengkarya drama siri Korea Selatan tidak pernah kering idea untuk menyajikan jalan cerita baru dan menarik buat para penonton.

Pelbagai tema dipaparkan supaya menepati cita rasa para penonton. Kisah mengenai raja zaman dahulu kala, masakan, persahabatan, pembunuhan, dan bermacam-macam lagi. Genre komedi adalah antara genre yang mempunyai ramai peminat. Terdapat beberapa senarai drama siri komedi yang menonjolkan tema perniagaan khas buat tontonan semua.

Dalam kepakaran berniaga, terselit adegan komedi yang pasti mencuit hati para penonton. Seharian bekerja tentu sahaja sangat melelahkan. Menonton genre komedi akan membuatkan hari-hari semakin indah kembali. Berikut ini adalah beberapa drama siri bertemakan perniagaan yang akan memang akan membuatkan anda tertawa terbahak-bahak:

0859cf7c 1190 417a b4f9 ff4c7e48dd6e1. Persaingan ketat antara dua syarikat search engine dalam Kdrama WWW: Search (2019) berjaya menyajikan adegan-adegan lucu dan persembahan menarik daripada para pelakonnya

07fc2297 ef2c 4e41 b4d8 71ec6a7b63032. Drama siri Work Later, Drink Now (2021) juga mempunyai banyak tips perniagaan terutamanya dalam bidang pengiklanan. Anda pasti akan tergelak dengan gelagat 3 pelakon utama wanitanya

8ed73c6a 23b0 4844 b95f 708a8ba5f0b63. Diadaptasi daripada sebuah webtoon, Gaus Electronics (2022) yang berlatarkan tentang pasukan pemasaran yang ketinggalan ini akan membuat anda tidak kering gusi dengan gelagat semua pelakonnya

Baca Lagi: Lakonan Berkesan Jang Na Ra Dalam Kdrama Terbaru “Family: The Unbreakable Bond”

0628ec3a 8a5b 447f be98 28821418e1464. Pastinya Welcome to Waikiki (2018) sudah tidak perlu diragukan lagi kehebatannya. Mereka juga turut berusaha membangunkan perniagaan rumah penginapan mereka supaya mereka dapat menggapai impian yang selama ini tersimpan

a4992acb 15a0 4600 a770 feb8674a51015. Pegasus Market (2019) adalah drama siri tentang sebuah pasaraya yang tidak terurus dan hampir muflis. Namun, kedatangan seorang ketua baru di pejabat membuatkan segala-galanya segera berubah

a0eae8b3 808e 4e21 9fb2 965516f7a6cc6. Walaupun bergenre thriller, drama siri The Killer’s Shopping List (2022) turut memaparkan beberapa tips perniagaan untuk menambah jualan di supermarket dan tidak ketinggalan tingkah dan perangai para pelakon yang pasti membuatkan anda geleng kepala

dca75481 32a4 4c4a b18d 7700f6f49a507. Perniagaan hampir bankrap, tetapi majikan dan para pegawai masih lagi saling bersellisih faham. Drama siri Level Up (2019) ini menyajikan adegan-adegan lucu antara pekerja-pekerja sebuah syarikat

d9b235aa fcb7 44b9 a4fa 6c31eeed59cd8. CEO syarikat IT ini jiwanya terkurung dalam telefon bimbit dalam Unlock My Boss (2022), membuatkan seorang pemuda asing perlu belajar selok belok perniagaan untuk menolong CEO tersebut

a3ec8d92 e3c1 4e22 8a55 56634e2928de9. Unicorn (2022) mengisahkan tentang seorang CEO yang perlu berjuang bersama dengan pasukannya demi syarikat mereka iaitu McCom

63852d55 3b41 45ba 904e 6a72b99d95ca

10. Drama siri Kkondae Intern (2022) menceritakan tentang pegawai yang sudah berumur yang perlu mengejar cara bekerja dengan para pegawai yang masih muda

Bagi anda yang mungkin sahaja ingin berehat seketika dan melupakan kepenatan bekerja sehari-hari, drama siri komedi yang bertemakan perniagaan ini sangat sesuai untuk ditonton bagi menghibur hati dan merehatkan minda.

Baca Juga: 9 Watak Yang Sangat Setia Kawan Dalam “Duty After School”