Home Entertainment 9 Watak Yang Sangat Setia Kawan Dalam “Duty After School”

9 Watak Yang Sangat Setia Kawan Dalam “Duty After School”

0

Drama siri Korea Selatan yang bertajuk Duty After School menceritakan tentang kisah para pelajar yang perlu mengikuti latihan ketenteraan demi survival dan melawan makhluk asing yang tiba-tiba menyerang bumi. Para pelajar ini dibantu oleh pihak tentera dan mereka dilatih dengan sangat tegas supaya dapat mengharungi situasi getir.

Antara perkara-perkara penting yang diajar semasa latihan ketenteraan tersebut adalah bekerja secara berkumpulan, bersatu padu, dan semangat setia kawan. Berikut ini adalah beberapa watak yang sangat setia kawan dalam Duty After School. Watak-watak yang tersenarai dalam drama ini adalah sangat setia kawan terhadap sahabat dan juga orang-orang di sekelilingnya.

5ee001d4 32ac 4083 92e2 9552b86f3f6b1. Cikgu Park (Lim Se Mi) sangat menyayangi para pelajarnya, dia juga rela berkorban diri dan berada di baris hadapan supaya pelajar-pelajarnya selamat

43b9b79d cbe9 4c24 bb98 958e418a09ea2. Kematian Leftenan Lee (Shin Hyun Soo) memang membuatkan semua orang bersedih. Leftenan Lee rela mengorbankan dirinya dan meletup bersama ribuan makhluk asing supaya anggota platunnya selamat

Baca Lagi: 17 Drama dan Filem Shin Hyun Soo, Leftenan Lee dari “Duty After School”

7262e489 a1e9 4d84 9847 505e5f4e994b

3. Sewaktu sebuah insiden yang melibatkan seorang pelajar perempuan yang tertekan dan mengancam ingin menembak Leftenan Lee, Kim Won Bin (Lee Soon Won) secara tiba-tiba menggunakan tubuhnya sebagai perisai untuk melindungi Leftenan Lee

76df5cf5 1218 41cd ae4b b7d19e6dc8e54. Walaupun Yeon Bo Ra (Kwon Eun Bin) sering memarahi No Ae Sol (Lee Yeon), tetapi sewaktu Ae Sol dalam bahaya, Bo Ra lah yang maju paling depan dan sanggup mengorbankan dirinya

199b6ee8 5e57 401c a44d c26952b2bf195. Sebagai ketua kelas, Kim Yoo Jung (Yeo Joo Ha) sangat menyayangi kawan-kawannya. Dia rela memanipulasi undian supaya kawan-kawannya boleh bertenang

34f6a745 8438 4809 b904 e2d192d4481b6. Bekerja sama dengan Yoo Jung untuk memanipulasi undian, Jo Jang Soo (Yoon Jong Bin) juga sangat setiakawan. Dia rela mengorbankan dirinya sebagai umpan makhluk asing sewaktu mereka terperangkap di sebuah gudang

3c48e24e 373c 4411 bbf9 754af770c3ed7. Kim Deok Joong (Woo Min Kyu) sangat setia kepada sahabatnya, Kim Chi Yeol (Kim Ki Hae). Dia rela menjadi perisai Chi Yeol sewaktu sahabat mereka yang gila dan psiko menembak secara brutal semua pelajar di kelas

079ab01d fdc5 483a ae30 f93faf17a7458. Selepas mengetahui bahawa CSAT dibatalkan pada tahun berkenaan, Do Soo Chul (Kim Min Chul) dan Kwon Il Ha (Kim Su Gyeom) merosakkan radio supaya sahabat-sahabat mereka masih boleh bersama dan selamat

161571b7 d59e 41a3 9f1a 1d68ccf451fc9. Walaupun dikenali dengan mulut celupar, sebenarnya Woo Hae Rak (Hong Sa Bin) sangat setia kepada Il Ha. Dia juga memutuskan untuk menetap di gudang demi menolong Jang Soo

Demikian sahaja beberapa watak yang sangat setia dan memang mempunyai semangat setia kawan yang kuat dalam drama siri Duty After School. Dalam peperangan dan keadaan genting dan tegang, orang-orang seperti ini sangat diperlukan. Mereka rela mempertaruhkan nyawa demi orang lain. Jika anda belum mampu menjadi seperti mereka, sekurang-kurangnya jangan menjadi seperti watak Kook Young Soo (Ahn Do Kyu)!

Baca Juga: 13 Pelajar Yang Mati Sia-Sia Dalam “Duty After School Part 2”