Home News 13 Pelajar Yang Mati Sia-Sia Dalam “Duty After School Part 2”

13 Pelajar Yang Mati Sia-Sia Dalam “Duty After School Part 2”

0

Kisah perjuangan para pelajar dalam drama bersiri “Duty After School” yang melawan makhluk asing membuatkan para penonton merasa tidak sabar-sabar menunggu bahagian 2. Para pelajar juga sudah semakin mahir menggunakan senjata api dan mampu menyelamatkan diri hingga berjaya mengharungi pelbagai operasi.

Mereka selalu bekerja sama dan sering berbahagi tugas supaya boleh mendapatkan markah tambahan untuk CSAT. Namun Kook Young Soo merasa terpukul kerana CSAT dibatalkan hingga dia berhalusinasi dan berniat untuk membunuh kawan-kawannya.

Dia mula berfikir bahawa dia tidak dapat mengubah nasibnya hingga melampiaskan rasa kecewanya kepada kawan-kawan yang tidak bersalah.

Berikut ini adalah tiga belas orang pelajar kelas 3-2 yang berakhir dengan sungguh tragis dan bukannya kerana diserang oleh makhluk asing tetapi dibunuh oleh Kook Young Soo. Siapakah mereka?

9c208640 0376 4cc4 8dbc c122576e0183 11. Menjadi orang kepercayaan rakan sekelasnya, Kook Young So merasakan Jo Jang So adalah makhluk asing hingga sanggup menembaknya kerana berhalusinasi

f7c57616 3a97 4a49 a0f1 c49d3834a8ea 12. Kwon Il Ha diseret ke laut oleh Kook Young So kerana berusaha menyelamatkan Cha So Yeon hingga jasadnya tidak ditemukan

17038900 eed0 4718 bc80 5604438594ef3. Cha So Yeon merasa terpukul dengan kematian Leftenan Lee hingga Kook Young Seo merasa dendam kepadanya dan menembaknya saat masih dalam keadaan tenat

66bb3fe3 ba17 4451 ac00 ce637248cab6 14. Yeon Bo Ra berusaha melarikan diri bersama dengan No Ae Sol saat menyaksikan kegilaan Kook Young Soo namun dia akhirnya ditembak mati

0a831be9 8305 4d09 ab55 87500f298a295. Lee Soon Yi berusaha untuk melarikan diri namun dia merasa takut hingga Kook Young Soo menembaknya

47c32a37 0fc9 4918 b5ca d0f83dd72f596. Kim Yu Jung sebagai ketua kelas berusaha menenangkan Kook Young Soo namun Kook Young Soo terus menembak Kim Yu Jung tanpa berfikir panjang

Baca Lagi: Kerana Ingin Kelihatan Seperti Jimin BTS, Pelakon ini Meninggal Dunia

1a478356 d65c 4144 8e0f a4c88db1f51b 17. Kook Young Soo juga berusaha meyakinkan Choi Yeon Joo bahawa CSAT dibatalkan namun dia juga nampaknya menggadai nyawa bersama dengan kawan-kawan yang lain

9b625b54 59f6 46e9 8a8a fbc47583023c8. Woo Hee Rak berusaha mengambil senapang untuk menembak Kook Young Soo namun dia tidak dapat melawan Kook Young Soo

05432967 4388 407f b088 a80c75477133 29. Sewaktu ingin menembak Kook Young Soo, Wang Tae Man juga akhirnya terkorban

52e00aac 28fd 47b6 9649 1d725e07876d 110. Jo Young Shin berakhir dengan tragis dalam keadaan terduduk tanpa sempat menyelamatkan diri

ad312c2a 7d26 4a25 b553 ddb1d33038fe 111. Kim Deok Jong rela mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan Kim Chi Yeol dari peluru Kook Yeong Soo

e700963b 4645 4cdf b817 48033d851853

12. Hong Joon Hee terkejut dengan semuanya hingga dia tidak dapat melarikan diri sewaktu Kook Young Soo menembaknya

c155c088 e61b 4cec 8971 9b63379c3298 113. Park So Yoon juga menjadi korban kegilaan Kook Young Soo hingga berakhir tragis bersama dengan sahabatnya yang lain

Semua tiga belas pelajar yang tersenarai di atas akhirnya tidak mampu meneruskan impian mereka kerana kegilaan Kook Young Soo yang ego dan mementingkan diri sendiri. Ramai juga penonton yang meluahkan kekesalan mereka kepada Kook Young Soo. Sudahkah anda menonton Duty After School Part 2 yang telah ditayangkan di Viu?

Baca Juga: 5 Filem Jerung Popular Untuk Ditonton Sebelum “The Black Demon”