Home News 11 Fakta Menarik Kdrama Netflix Terbaru “Queenmaker”

11 Fakta Menarik Kdrama Netflix Terbaru “Queenmaker”

0

11 fakta mengenai watak-watak dalam drama siri terbaru Queenmaker, kebanyakannya adalah pelakon ternama!

Netflix Korea telah kembali menayangkan drama siri terbarunya yang berjudul Queenmaker (2023). Drama siri bergenre politik thriller ini mengisahkan tentang dua watak wanita yang bekerjasama dan bergabung kepintaran serta kekuatan untuk mencipta dunia yang lebih adil dan jujur.

IMG 3557

Queenmaker dibintangi oleh ramai artis popular dan ternama Korea Selatan, seperti Kim Hee Ae dan Moon So Ri sebagai pelakon utamanya. Selain kedua-dua pelakon tersebut, drama siri ini juga dibintangi oleh barisan pelakon popular yang lain.

IMG 3554Siapakah pelakon-pelakon yang dimaksudkan dan apakah watak yang mereka lakonkan dalam drama siri terbaru Queenmaker ini? Jom sama-sama kita lihat!

23ebdd03 f20c 484d 827d 29eac6f05505

1. Kim Hee Ae membawa watak sebagai Hwang Do Hee, pekerja senior yang telah berkhidmat di Group Eunsung selama 20 tahun yang kini telah menjadi pengurus untuk kempen calon datuk bandar Seoul. Dia juga dikenali sebagai “Penyelamat/Penyelesai Masalah” keluarga Chaebol di Group Eunsung. Semua pekerja dan pesaingnya cukup gerun dan menghormati cara dia menangani setiap masalah yang ditimbulkan oleh ahli keluarga Eunsung. Kecerdasan dan personalitinya adalah kekuatannya sehingga tiada siapa mampu mendahuluinya.

042d2214 d01a 4a03 a9c7 2927991c5c5f2. Moon So Ri membawa watak sebagai Oh Kyung Sook iaitu peguam HAM yang menyertai pemilihan datuk bandar Seoul. Wataknya digelar sebagai “rhino of justice”.

cd45ccb5 98d3 4a23 8fce cdad24f32f023. Pelakon lelaki Ryu Soo Young melakonkan watak sebagai Baek Jae Min iaitu menantu kepada keluarga chaebol Group Eunsung yang juga turut menjadi calon datuk bandar Seoul. Disebalik wajah telus dan senyuman manisnya itu tersembunyi seribu macam rahsia yang bakal mengubah kedudukan dan masa depan Group Eunsung.

Baca Lagi: 11 Cabaran Watak Cha Jeong Suk Sebagai Suri Rumah Dalam “Dr Cha”

3fac2ae4 ac8a 4403 9a3f 3b2bacc4c12f4. Ketua Group Eunsung, Son Young Shim (Seo Yi Sook) dipercayai dapat menggoncang pilihan raya dengan kekayaan dan kekuasaannya. Seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan nama.

4ec0a744 fa84 4fac 95ef 5b7e1c02ce925. Watak Seo Min Jung yang dilakonkan oleh Jin Kyung ini dikenali dengan sebutan “pelayan rakyat biasa”. Dia juga menjadi calon bertanding untuk jawatan datuk bandar Seoul. Dia adalah saingan sengit kepada Oh Kyung Sook. Dia juga menyimpan rahsia gelap demi mendapatkan kuasa.

0f70ff38 c839 4d87 9b14 8361a26f667f6. Carl Yoon (Lee Geung Young) membawa watak sebagai seorang figura yang berjaya untuk kempen datuk bandar Seoul Baek Jae Min yang digelar sebagai “king of elections”. Dia juga turut menyimpan sejarah hitam tentang kisah tragis yang menimpa keluarga Baek Jae Min ketika Baek Jae Min masih kecil lagi.

f51e6e66 3b5e 4097 a6ee 89a8f2c08b0d7. Berpengalaman dalam pilihan raya, Ma Joong Seok (Kim Tae Hoon) menjadi pasukan kempen calon Seoul Seo Min Jung. Dia merupakan bekas suami kepada Hwang Do Hee. Ma Joong Seok bukan sekadar menjadi pembantu Seo Min Jung, kerana dia juga turut menyimpan rahsia gelap yang dimiliki Seo Min Jung.

3a79e84d 2762 4b4b 8ec3 99e0b5b830088. Pelakon yang bermata bermata tajam iaitu Ja Yeon turut membintangi drama siri Queenmaker. Dia juga bekerja di Group Eunsung sebagai pembantu kepada Hwang Do Hee. Peranan dia cukup penting dan digambarkan menjadi pelengkap rencah permainan politik dan emosi dalam kdrama ini. Anda rasa dia membawa watak baik atau jahat?

4e311bd6 7f43 4ea2 8347 217292837f859. Kim Sae Byuk juga turut membintangi drama siri Queenmaker (2023). Dia adalah isteri kepada Baek Jae Min dan anak bongsu kepada Group Eunsung. Dia digambarkan sebagai seorang anak, wanita, ibu dan isteri yang sangat panas baran, kejam terhadap pekerjanya dan kerap menimbulkan masalah kepada Group Eunsung.

ec583772 3fe3 4ed7 9ffc b7744940bb2510. Pelakon Yoon Ji Hye juga turut tampil dalam drama Queenmaker (2023) sebagai anak sulung dan bakal pewaris Group Eunsung. Dia dan adiknya mempunyai hubungan yang tidak berapa baik kerana sejarah masa lalu mereka dan kini kedua beradik ini saling bersaing demi mendapatkan kedudukan dan harta pewarisan daripada Group Eunsung.

5dd21f37 84bd 4623 94f2 1ec33554d72211. Tidak ketinggalan, pelakon lelaki popular Ki Do Hoon juga dipilih sebagai pelakon pembantu dalam drama siri Queenmaker (2023). Dia merupakan pembantu kepada Oh Kyung Sook iaitu peguam HAM.

Queenmaker menjadi drama siri menarik untuk tahun 2023 kerana dibanjiri bintang-bintang ternama. Bagaimana mungkin tidak? Bermula dari Kim Hee Ae hingga Moon So Ri juga membintangi drama siri ini. Plot penceritaan drama ini juga sangat menarik dan menegangkan kerana menampilkan tema tentang keperkasaan wanita, kebangkitan mereka yang ditindas dan pendedahan komplot politik dan rasuah dalam sesebuah organisasi dan kerajaan.

Drama ini telah ditayangkan di Netflix pada 14 April 2023 lalu dan 11 episod penuh telah pun tersedia untuk dinikmati.

Baca Juga: 11 Watak Misteri Yang Menjadi Buruan Dalam Kdrama