Home News 9 Kdrama Lakonan Bintang Utama “Queenmaker”

9 Kdrama Lakonan Bintang Utama “Queenmaker”

0

Queenmaker adalah drama siri terbaru Netflix yang dibintangi oleh dua artis kenamaan Korea Selatan iaitu Kim Hee Ae dan Moon So Ri. Drama siri ini menceritakan tentang dua orang wanita yang dahulunya menjalani kehidupan yang sangat berbeza tetapi meninggalkan semuanya demi untuk mencipta dunia yang adil dan jujur.

Kim Hee Ae akan membawa watak sebagai wanita berkerjaya yang memiliki karier cemerlang dalam bidang perniagaan konsultasi. Sementara itu, Moon So Ri membawa watak sebagai peguam hak buruh yang memiliki pengalaman selama 20 tahun.

Baca Lagi: 11 Fakta Menarik Kdrama Netflix Terbaru “Queenmaker”

Ditayangkan pada 14 April 2023, jom sama-sama kita lihat 9 buah drama siri Korea Selatan yang dibintangi oleh pelakon-pelakon utama drama siri Queenmaker.

 

0ec8f62f add5 4f7e ae8a 3d8487e41d731. Kim Hee Ae yang berasal dari keluarga chaebol dalam drama Midas (2011). Wanita berkuasa yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam percintaan

b45d023a d989 4a43 84ec 141bdc6a0d962. Bertemakan kecurangan, Kim Hee Ae bergandingan dengan Lee Sung Jae, Lee Tae Ran dan Jang Hyun Sung dalam drama siri How Long I’ve Kissed (2012)

3872bc32 2e9d 41a6 b3dd 7cb927d15fd83. Sangat berjaya membuatkan para penonton sakit hati, Kim Hee Ae curang dengan pelajarnya iaitu, Yoo Ah In dalam drama Secret Affair (2014)

1ca3eae4 c95e 4359 80af f6c4d79926544. Dalam drama siri Mrs. Cop (2015), Kim Hee Ae adalah seorang detektif polis dari unit jenayah berat. Dia adalah seorang polis yang sangat berpengalaman!

0ead53f1 5db6 4e7e aa7d 0ebf866dadba5. Moon So Ri adalah kakak ipar Shin Hye Sun yang berasal dari keluarga kaya raya dalam drama siri The Legend of the Blue Sea (2016)

19d927dc c676 49f4 bfc1 f676bfa9853f6. Dalam remake dari sebuah drama siri Jepun, Kim Hee Ae yang berusia 40-an menjalin kisah romantik dengan Ji Jin Hee dalam drama siri Second to Last Love (2016)

c16e7160 cf8d 441b af21 bed7a464a7987. Turut membintangi drama siri medikal iaitu Life (2018), Moon So Ri bekerja sebagai ketua jabatan bedah dan juga pengarah Hospital Universiti Sangkook

e8d39201 a073 4bfa a1a1 4643577f54a48. Dramanya telah meraih kejayaan besar, Kim Hee Ae merupakan mangsa kecurangan suaminya iaitu Park Hae Joon dalam drama siri The World of the Married (2020)

bafafb3d 8a6d 4635 9ee0 7a7e629499349. Membawa cerita yang bertemakan hiruk pikuk di tempat kerja, Moon So Ri adalah ketua pasukan SDM yang sangat workaholic dalam drama siri On the Verge of Insanity (2021)

IMG 3556Kim Hee Ae dan Moon So Ri merupakan dua artis senior Korea Selatan yang terpilih untuk membintangi drama terbaru Netflix iaitu Queenmaker. Kedua-dua artis ini sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama puluhan tahun. Bagaimanakah lakonan Kim Hee Ae dan Moon So Ri dalam drama Queenmaker? Memang hebat bukan?

Baca Juga: 10 Artis Wanita Korea Yang Cantik, Cerdas dan Pintar