Home News 5 Artis Wanita Korea Yang Sangat Menggilai Kang Dong Won

5 Artis Wanita Korea Yang Sangat Menggilai Kang Dong Won

0

Kebelakangan ini, nama Kang Dong Won terus menjadi topik perbualan hangat di pelbagai media sosial selepas tercetusnya khabar angin mengenai hubungan romantiknya dengan Rosé BLACKPINK.

IMG 3605

Walaupun YG Entertainment telah menepis gosip liar itu, tapi ramai pula peminat yang berharap mereka benar-benar bercinta.
Lagi pula jejaka kacak kelahiran Busan tersebut memang diketahui adalah merupakan lelaki idaman beberapa orang artis Korea Selatan yang popular.

Baca Lagi: 9 Selebriti Korea Yang Pernah Digosipkan Dengan Anggota BLACKPINK

Nama-nama besar seperti Suzy dan juga Park So Dam memang diketahui amat menyukai Kang Dong Won, berikut merupakan beberapa orang artis Korea Selatan yang memilih Kang Dong Won sebagai lelaki ideal pilihan mereka. Jom sama-sama kita lihat:

230dafa6 5ce2 4873 92a5 9f4d2f2fc8761. Suzy
Walaupun Suzy memang terkenal sebagai gadis idaman setiap lelaki, Suzy ternyata pernah meluahkan bahawa Kang Dong Won adalah lelaki ideal kesukaannya sewaktu menjadi tetamu undangan dalam Program SBS Power FM Jung Sun Hee’s A Night Like Tonight.

Dipetik dari Soompi, Suzy mengatakan bahawa alasannya mengagumi bintang filem Broker (2022) itu adalah kerana kelopak matanya yang sangat indah. Suzy turut mengaku pernah menonton filem Jeon Woo Chi (2009) sebanyak 7 kali hanya untuk mahu melihat jejak idamannya tersebut.

c0158855 3c30 446d a4ab a151af040df62. Taeyeon Girls’ Generation
Taeyeon ternyata juga sangat terkenal sebagai salah seorang peminat setia Kang Dong Won. Ketua kumpulan Girls’ Generation tersebut pernah hampir dibatalkan debutnya, kerana secara diam-diam dia pergi menonton filem Kang Dong Won di pawagam.

Gadis ini sangat beruntung kerana Taeyeon akhirnya bertemu secara langsung dengan Kang Dong Won dalam satu projek filem yang sama iaitu My Brilliant Life (2014). Walaupun hanya tampil sebagai cameo, tapi si cantik ini tetap berkesempatan untuk mengambil gambar bersama idola kesukaannya tersebut.

243fbf53 2e41 4724 8be3 d7b0deeb492f

3. Seulgi Red Velvet
Selain Taeyeon, rakan seagensinya iaitu Seulgi juga rupa-rupanya sangat mengagumi Kang Dong Won. Hampir sama dengan seniornya itu, salah seorang ahli Red Velvet tersebut mendedahkan bahawa dia amat menyukai Kang Dong Won selepas menonton filem lakonan pelakon itu.

Seulgi terpesona dengan Kang Dong Won setelah menonton filem Kundo: Age of the Rampant (2014) yang dibintangi oleh jejaka idamannya tersebut. Sejak waktu itu, dia akhirnya menjadi peminat setia Kang Dong Won dan memilih lelaki itu sebagai jejaka ideal buatnya.

cb3f85e8 114a 4d20 aae3 e4537566346b4. Shim Eun Kyung
Shim Eun Kyung juga turut tersenarai sebagai artis wanita yang merupakan peminat setia Kang Dong Won. Dia mendedahkan bahawa dia sangat berharap boleh berlakon bersama jejaka yang baru-baru ini digosipkan menjalin hubungan kasih dengan Rosé BLACKPINK.

Shim Eun Kyung menjelaskan bahawa dia pernah berusaha sehabis baik untuk menyukai pelakon yang bergandingan dengannya dalam filem Miss Granny (2014), iaitu Lee Jin Wook, kerana kenyataannya, yang disukainya adalah Kang Dong Won.

52f7f447 b979 4ad3 b4d8 b3c722ba431d5. Park So Dam
Park So Dam juga termasuk dalam senarai peminat setia Kang Dong Won. Si cantik ini juga turut beruntung kerana dia pernah terlibat dalam satu projek filem dengan idola kesayangannya itu iaitu filem The Priests pada tahun 2015.

Sewaktu sedang melakukan promosi bersama, Park So Dam meluahkan rasa kagumnya terhadap Kang Dong Won. Dia tidak henti-henti memuji kaki panjang Kang Dong Won.

IMG 3607

“Sewaktu saya menatapnya, saya tidak menyedari bahawa saya sangat asyik menatapnya. Dia berjalan ke arah saya dan kakinya sangat panjang. Saya sangat terkejut. Saya tidak pernah membayangkan bahawa kaki seseorang boleh sampai sepanjang itu,” kata Park So Dam yang dipetik dari Soompi.

Tidak hairanlah ramai sangat peminat yang menganggap Rosé BLACKPINK sangat bertuah jika dia benar-benar menjalin hubungan cinta dengan Kang Dong Won, kerana sememangnya pelakon kacak ini merupakan idaman ramai artis wanita Korea Selatan.

Baca Juga: park Park So Dam Mendedahkan Tentang Penyakit Kansernya