Home News 11 Kdrama 2023 Yang Sangat Viral & Trending

11 Kdrama 2023 Yang Sangat Viral & Trending

0

Duty After School menjadi drama siri awal tahun 2023 yang viral kerana mengangkat tema survival dengan cara yang menarik. Bukan hanya itu, drama siri ini juga mempunyai ending tergantung pada tayangan bahagian pertamanya sebanyak 6 episod dan membuatkan para penonton tidak sabar-sabar untuk memtaksikan bahagian ke-2.

Kini bahagian keduanya juga sudah dilepaskan sebanyak 4 episod yang berbaki dan rata-rata penonton tidak berpuas hati pula dengan episod akhir yang ditayangkan! Bukan hanya Duty After School, beberapa drama siri Korea yang ditayangkan awal tahun 2023 berikut juga sangat popular hingga menjadi trending di media sosial. Ceritanya sangat menarik dan memang membuatkan para penonton sukar untuk berhenti menonton.

Jom kita lihat senarai drama siri Korea yang memang trending di media sosial hingga kini!

39880a90 9bbd 4bb5 84f1 8ff25b0b90b51. Alchemy of Souls: Light and Shadow menjadi drama siri fantasi yang sangat viral. Bukan hanya mempunyai jalan cerita yang sangat sukar untuk diteka, watak-watak di dalamnya juga sangat ikonik dan menjadi ingatan peminat setia

fda311c5 f755 4c76 a60e 3b01808717a62. Berjaya memainkan emosi para penonton dan membuatkan para penonton setia menonton, The Interest of Love membawakan kisah cinta satu pejabat antara orang-orang yang mempunyai latar belakang dan prinsip yang berbeza-beza

edb879eb 0239 4515 8bdb 01bbccb25b4d3. Sering dibualkan dan dibahas di media sosial, Crash Course in Romance yang menceritakan tentang sistem pendidikan Korea Selatan ini mempunyai banyak nilai moral yang boleh dijadikan teladan

dfd13ac7 2217 45cd 9277 8100441b576f4. Kumpulan Rainbow Taxi kembali beraksi dalam Taxi Driver 2. Kali ini, mereka menghadapi bermacam-macam musuh baru yang tidak disangka-sangka

Baca Lagi: “Taxi Driver 3” Kini Dalam Proses Perbincangan

3f881fce a7df 446e b6bc 3deaa66e349c5. Sangat viral, kisah balas dendam mangsa buli terhadap kaki buli dalam drama siri The Glory Part 2 dikatakan memang mempunyai ending yang memuaskan

abdc8ca4 ff1d 4dfa a95c 57462b548b6d6. Kisahnya menyentuh hati dan memang mengundang air mata, Missing: The Other Side 2 menceritakan tentang sebuah desa tempat roh orang-orang yang mayat mereka tidak ditemui di dunia nyata

58965e31 b437 45c7 ab23 d4f3d713f9d67. Digula-gulakan dengan mata tambahan untuk kemasukan ke universiti, para pelajar kelas 3 sebuah sekolah menengah dalam Duty After School menyertai latihan ketenteraan untuk berjuang menentang makhluk asing yang menyerang bumi dan mula mengganas

8e360012 5e1b 4756 841c d69f290c7c3a8. Penuh rahsia dan tanda tanya yang memang sangat sukar untuk diteka, The Secret Romantic Guesthouse fokus kepada seorang gadis yang merupakan pemilik sebuah rumah penginapan dan salah seorang tetamunya yang menjadi buruan pihak istana

02002ecb 09d5 464f b103 bd0b6ce7a8989. Penuh perasaan memberontak tetapi sangat hebat dalam mengawal emosi, peguam muda iaitu Kang Han Soo (Woo Do Hwan) mempunyai banyak idea di luar jangka sewaktu membela pelanggannya dalam Joseon Attorney: A Morality

7bbe86df 8bc9 4d2b 8328 ddb76f789eb6 110. Bergenre romantik komedi, Love to Hate You mengisahkan tentang hubungan kontrak antara jejaka dan wanita yang sama-sama mempunyai trauma yang sama

c6e6410f fe85 4fef 8294 dcef188361e5

11. Bermula dengan kebencian, seorang wanita yang ingin membalas dendam kepada anak wanita yang merampas ayahnya telah jatuh cinta terhadap lelaki itu dan terlibat dalam satu hubungan yang sangat rumit dalam Call It Love

Pada awal tahun 2023 sudah banyak drama siri yang mempunyai jalan cerita menarik dan sangat viral di media sosial. Terdapat bermacam-macam genre dan sangat sesuai untuk tontonan anda semua peminat drama siri Korea Selatan.

Baca Juga: 11 Fakta Menarik Kdrama Netflix Terbaru “Queenmaker”