Home News Lakonan Berkesan Jang Na Ra Dalam Kdrama Terbaru “Family: The Unbreakable Bond”

Lakonan Berkesan Jang Na Ra Dalam Kdrama Terbaru “Family: The Unbreakable Bond”

0

Karakter Kang Yoo Ra yang dilakonkan oleh Jang Na Ra menjadi bualan dan highlight untuk drama siri terbaru bertajuk “Family: The Unbreakable Bond (2023)”.

Kang Yoo Ra merupakan isteri kepada Kwon Do Hoon yang dilakonkan oleh Jang Hyuk seorang “double agent” dan ibu penyayang kepada Kwon Min Seo yang dibawakan oleh Shin Su Ah. Keluarga merupakan sebuah institusi yang paling utama bagi Kang Yoo Ra.

IMG 3672

Kesungguhan dan kecaknaannya sebagai ibu dan isteri selalu dipertontonkan secara menonjol, terutamanya dalam tugasan mengurus setiap anggota keluarganya.

Disini kami telah membuat beberapa senarai ringkasan yang membuktikan bahawa watak Kang Yoo Ra yang dibawa oleh Jang Na Ra memang berjaya menampilkan figura seorang isteri yang taat dan ibu yang sangat baik.

Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

2aa354f8 faa1 4ecb b509 7e5b89bc5081

1. Kang Yoo Ra dikenali sebagai seorang isteri dan ibu yang memiliki kecekapan dan kemahiran dalam menguruskan hal-hal rumah tangga

172df80d 51be 4e74 b771 37a95f9d12a4 1

2. Kang Yoo Ra selalu memastikan keperluan suaminya yang tercinta dan anak perempuannya terurus dengan sangat baik

483dbaf7 eff3 4a20 9a1e 75bbb42344b0

3. Tidak hairanlah jika dia sangat bersungguh-sungguh memastikan keperluan keluarganya lengkap kerana merupakan keutamaan yang penting dalam hidup Kang Yoo Ra

Baca Lagi: 5 Artis Wanita Korea Yang Sangat Menggilai Kang Dong Won

6ef6b410 0194 4899 9a3b c375eccba0cc

4. Sebagai seorang ibu, Kang Yoo Ra berjaya membesarkan dan mendidik Kwon Min Seo menjadi seorang anak yang berani dan sangat pintar

fef176b1 4f87 495e a2b0 f00e40ba33b65. Sementara itu, dia juga tidak segan silu untuk membantu ekonomi keluarga dengan membuka kedai kek yang diuruskan sendiri olehnya

e9cbab80 5260 494e bf80 26a8e63f87a06. Walaupun pengunjung dan pelanggan tidak selalu ramai, Kang Yoo Ra tidak pernah menyerah kalah untuk mengembangkan perniagaan kecilnya tersebut

IMG 3673

7. Sebagai seorang menantu pula, Kang Yoo Ra adalah seorang menantu yang cukup prihatin dan cakna terhadap kebajikan ayah mertuanya

a2033898 88f5 42b6 9615 f414ba8dce0d8. Dia juga tidak pernah berkira untuk mengumpulkan duit demi menjayakan acara tahunan keluarga, iaitu bercuti bersama

21bb9b04 3d7b 4736 9c71 e765e7e4b1f99. Tidak ketinggalan, Kang Yoo Ra dikenali sebagai seorang kakak ipar yang sangat baik dan selalu ada untuk Kwon Ji Hoon (Kim Kang Min) dan Lee Mi Rim (Yoon Sang Jeong)

Kang Yoo Ra memang sangat pintar dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menguruskan keperluan keluarga dan memastikan semuanya lengkap. Wataknya mempunyai peranan yang sangat besar dan dia selalu diharapkan oleh seluruh anggota keluarga.

Adakah anda telah mulai menonton drama lakonan Jang Na Ra terbaru ini?

Baca Juga: 11 Kdrama 2023 Yang Sangat Viral & Trending