Home News 10 Kdrama Viral Yang Tidak Tercalon Di Anugerah Baeksang 2023

10 Kdrama Viral Yang Tidak Tercalon Di Anugerah Baeksang 2023

0

10 Kdrama Viral ini tidak tercalon sebagai drama terbaik Baeksang 2023

Baeksang Arts Awards akan menemui para peminat dunia seni lakon Korea Selatan pada 28 April 2023. Dari senarai pencalonan yang diumumkan, terdapat lima drama siri yang tersenarai sebagai pencalonan drama terbaik iaitu The Glory, My Liberation Notes, Little Women, Extraordinary Attorney Woo, dan Our Blues.

Namun sayangnya hanya lima drama siri yang boleh memasuki pencalonan drama terbaik, padahal tarikh akhir penilaian untuk tersenarai dalam pencalonan adalah dari 31 Mac 2022 hingga 1 April 2023.

Jom sama-sama kita lihat 10 senarai drama siri Korea Selatan yang viral dan mempunyai rating yang sangat bagus tetapi tidak berjaya mendapat sebarang pencalonan untuk drama terbaik di Baeksang Arts Awards tahun 2023!

4629434b 8ed8 43be 94e3 aa9c638f02f31. Walaupun sangat viral dan meraih rating tertinggi drama TV kabel Korea Selatan di waktu penayangannya, Reborn Rich tidak mendapat pencalonan drama terbaik Baeksang

3c72236b c2f1 4692 9c60 7b9b4071de9c2. Ramai peminat mempersoalkan kenapa Under the Queen’s Umbrella tidak dapat pencalonan drama terbaik, padahal jalan cerita dan lakonan bintang-bintangnya sangat mengagumkan

df3a0208 27ce 4000 807c e3fd8e49415b3. Crash Course in Romance yang dilakonkan oleh Jeon Do Yeon juga mengalami hal yang sama, padahal persembahan drama siri romantik komedi ini tersangatlah bagus

Baca Lagi: 10 Pencalonan Kategori Drama Untuk Baeksang Arts Awards

451bac4e 5608 4407 9944 345f22d0e0954. Jalan cerita yang unik tentang kerja sama detektif dan petugas bomba tidak berjaya membawa The First Responders untuk tercalon bagi kategori drama terbaik

52d869a8 2653 41ea 8212 85b7900329415. Walaupun sangat banyak dibicarakan dan menjadi viral, jalan cerita yang sangat sukar diteka dan turut membariskan pelakon-pelakon ternama, Big Mouth belum layak untuk tersenarai sebagai calon drama terbaik di Baeksang 2023

5a97cb69 bd32 4206 9a58 b2e4b8c3e06d6. Nama besar Nam Goong Min dan keunikan One Dollar Lawyer berjaya memberi kejayaan besar sewaktu penayangannya walaupun tidak tersenarai dalam pencalonan untuk drama terbaik Baeksang Awards

d8e840a5 6151 4c56 801b 0828d34e89de7. Walaupun dilakonkan oleh pelakon wanita veteran Kim Hee Sun dan membawa kisah yang sangat menarik, Tomorrow tidak diberi peluang sebagai calon drama terbaik di Baeksang 2023

20ffa3f9 a426 46f8 90eb f21440fdf6878. The Interest of Love juga tidak tersenarai sebagai calon untuk menjadi drama terbaik Baeksang 2023 walaupun menjadi drama siri yang selalu dibicarakan kerana kisah cinta watak utamanya yang menarik

bc396f2f af92 4ef4 a3c7 05bcc3b738bf9. Viral dan dibintangi ramai pelakon top tidak menjamin drama siri Alchemy of Souls 2 diberi pencalonan drama terbaik di Baeksang Awards

c55a1c3f cad0 4e01 95f0 544e21d0b9f410. Lakonan cemerlang Park Ji Hoon dan kisah remaja yang bertahan daripada dibuli dalam Weak Hero Class 1 tidak dapat memenangi hati juri apabila tidak tercalon sebagai drama terbaik untuk Baeksang 2023

Baca Juga: 11 Kdrama 2023 Yang Sangat Viral & Trending

Tidak semestinya drama siri yang viral dan mendapat rating yang tinggi boleh berjaya mendapat pencalonan, dan memang sukar untuk tersenarai dalam kriteria drama siri yang layak diberi pencalonan drama terbaik. Pasti ada sebab dan kriteria tersendiri bagi pihak para juri untuk menentukan senarai calon tersebut.

Walaupun begitu, penghargaan yang tinggi patut diberikan kepada 10 drama siri yang kita senaraikan di atas dan telah berjaya menghiasi hari-hari peminat setia Kdrama, menghibur serta memberikan banyak pengajaran kepada para penonton.

Adakah anda sudah tonton kesemua 10 drama yang tersenarai diatas? Jika belum, pastikan anda “binge watch”!