Home Lifestyle Dr Hamid Choi: Muslim Korea Pertama Yang Menterjemahkan Al-Quran Ke Dalam Bahasa...

Dr Hamid Choi: Muslim Korea Pertama Yang Menterjemahkan Al-Quran Ke Dalam Bahasa Korea

0

Orang Islam merupakan minoriti di Korea Selatan. Menurut laporan Straits Times, difahamkan Muslim Korea menghadapi cabaran di sana kerana kebanyakan penduduk tempatan salah faham atau tidak faham tentang Islam.

Perlahan-lahan warga Korea Selatan kini sedar bahawa Islam adalah agama yang membawa ajaran serta cara hidup dan tidak berkait dengan keganasan, perang dan pergolakan di Timur Tengah seperti yang terpapar di media.

Pada zaman digital ini, kesedaran tentang Islam yang sebenar turut makin meningkat terutamanya menerusi pelancongan apabila mereka berinteraksi dengan pengembara atau pelancong Muslim yang datang ke tanah K-Pop dan K-Drama itu.

Dr. Hamid Choi Yong Kil mencatat sejarah sebagai orang Korea Muslim pertama yang menterjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Korea.

122331887 1261094744253099 6525225235208492533 n
Kredit foto: Zayan FM

Menurut Mvslim, projek ini mengambil masa tujuh tahun untuk siap sepenuhnya dan akhirnya orang Korea Muslim mampu membaca kitab suci ini dalam bahasa ibunda mereka. Di samping itu, beliau turut menterjemah kitab hadis Sahih Bukhari.

121987555 1261094710919769 5461186410795280893 n Copy
Kredit foto: Zayan FM

Usaha penterjemahan ini amat penting dan terpuji kerana merapatkan jurang bahasa yang dihadapi oleh orang Korea Muslim dan bukan Muslim apabila mahu belajar tentang Islam.

Selain daripada menjadi seorang penterjemah, Dr Hamid Choi juga merupakan seorang pensyarah dalam bidang Pengajian Islam dan Arab di sebuah universiti di Korea. Menurut Economy.PK, beliau merupakan alumni Universiti Islam Madinah dan banyak menulis tentang Islam.

Semoga kejayaannya sebagai seorang sarjana Islam ini menjadi inspirasi kepada kita untuk turut berbakti kepada agama dan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, budaya dan agama, serta membuka lagi jalan kepada orang Korea bagi mengenali Islam dengan lebih baik.