Home Kdrama/Kmovie Tepi Sikit K-Drama, Ini 5 Drama Thailand Yang Anda Boleh Layan Sambil...

Tepi Sikit K-Drama, Ini 5 Drama Thailand Yang Anda Boleh Layan Sambil Makan Tom Yam

0

Sawasdee ka! Berikut 5 drama Thai di laman Viu yang menarik untuk dilayan sambil makan mi maggi tom yam, nasi goreng tom yam atau menghirup kuah tom yam:

#1 My Sassy Psychic

My Sassy Psychic 16x9 title

Selepas terlibat dalam sebuah kemalangan bersama ibunya, seorang gadis bernama Sonklin dapat melihat roh dan memori orang lain. Manakala ibunya pula koma dan Sonklin harus mencari wang bagi menampung kos rawatan ibunya di hospital.

Dengan kebolehan Sonklin yang psikik itu, dia buka bisnes perbomohan untuk tolong penduduk kampung selesaikan masalah. Namun rata-ratanya datang berjumpa dengan Sonklin minta bantuan untuk menang tiket loteri.

Seorang ketua mafia bernama Moo berasa marah dengan Sonklin kerana gadis itu mengganggu bisnes haramnya. Sonklin pula mahu jatuhkan ketua mafia itu dengan bantuan Ran, seorang polis lelaki yang tidak percayakan perkara karut.

Sebelum buat kerja bomohnya itu, Sonklin yang digelar ‘dewi’ itu tampil menyanyi lagu dalam bahasa Korea yang boleh membuatkan Lisa Blackpink pun tergamam tengok. Adegan tersebut tular di TikTok:

https://www.tiktok.com/@zorkiii/video/7072003253705248027

#2 Remember 15

Remember 15 16x9 Title

Sekumpulan muda-mudi menjejakkan kaki ke sebuah pulau terpencil. Semuanya kerana mesej misteri yang dikirim kepada mereka daripada Lyla.

Hal ini menimbulkan tanda tanya, bagaimana mesej itu sampai ke tangan mereka padahal Lyla hilang dan dianggap sudah meninggal lima tahun lalu di pulau tersebut.

Semakin mereka cuba menyiasat, semakin terbongkar kebenaran dari masa silam yang kejam. Rahsia gelap yang disimpan dengan insan bergelar ‘kawan’ itu menyebabkan pulau terpencil itu bersimbah darah.

#3 Candle in the Sun

Candle in the Sun 3x1 Title 3

Kalin, seorang selebriti jelita yang terjebak dengan cinta suami orang. Suatu hari, skandal dia bagi hadiah cucuk sanggul pusaka nenek moyang.

Sejak itu, Kalin dihantui bayangan Tiankhum, wanita seiras dengan wajahnya dari zaman silam.

Kadang kala Tiankhum menjelma dengan muka buruk berupa hantu, seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada Kalin. Sejarah berulang lagi, dan Kalin kena gali apa sebenarnya terjadi pada ratusan tahun lampau.

Akhirnya Kalin faham yang dia tidak sepatutnya jadi orang ketiga, sebaliknya layak jadi orang pertama dan terakhir dalam hidup seseorang yang masih bujang.

#4 Haunted Hair

4 6

Setelah ayahnya meninggal, Kawin kembali ke Thailand dari luar negara bagi mengambil alih kilang rambut palsu.

Semasa mencari bahan untuk membuat rambut palsu, dia bertemu dengan Warunee, pemilik salon dan kemudian diperkenalkan pula kepada Gaysinee, seorang model dengan rambut panjang halus yang sering membintangi iklan syampu.

Kawin meminta Gaysinee untuk menjual rambut kepadanya tetapi ditolak dengan tegas.

Beberapa tahun berlalu, Kawin jumpa sehelai rambut yang mengingatkannya pada Gaysinee, gadis yang menolak untuk menjual rambut kepadanya. Lalu menyuruh stafnya membuat rambut palsu daripada rambut tersebut.

Tanpa disangka-sangka, semua orang yang rambut palsu ini mati secara misteri.

#5 My Bubble Tea

My Bubble Tea 16x9 title v1

Modem merupakan seorang fresh grad yang baru diterima bekerja dan jatuh cinta dengan orang atasannya yang kacak seperti Nichkhun 2PM.

Bila tahu hal itu, mak ciknya membocorkan resipi rahsia bubble tea atau teh boba ajaib kepada Modem. Kononnya orang yang minum air itu akan jatuh hati kepada Modem.

Namun Modem tidak percaya dan membuang bubble tea itu sampai terkena pada Light, lelaki yang paling dibencinya.

Sejak itu, Light tergila-gilakan dia dan kacau usaha Modem untuk mengorat ketuanya yang mirip artis K-pop itu.

Nak Tengok Kat Mana?

Anda boleh stream atau download drama-drama Thai ini di aplikasi atau website Viu. Untuk menonton dengan selesa tanpa gangguan iklan, aktifkan akaun anda ke premium.