Home Kdrama/Kmovie Lee Kwang Soo Menjerit Bila Tengok Barang-barang Runcit Ini Dalam Teaser ‘The...

Lee Kwang Soo Menjerit Bila Tengok Barang-barang Runcit Ini Dalam Teaser ‘The Killer’s Shopping List’

0

Berdasarkan novel karya Kang Ji Young, ‘The Killer’s Shopping List’ merupakan drama thriller, misteri dan komedi yang memaparkan sebuah kawasan kejiranan di pinggir kota Seoul.

Apabila sekujur mayat misteri dijumpai di sekitar bangunan pangsapuri, setiap resit dari pasar raya menjadi bukti penting bagi memburu pembunuh.

Ahn Dae Sung (Lee Kwang Soo) adalah anak kepada pemilik pasar raya. Dia pernah dianggap genius kerana daya ingatannya yang menakjubkan.

Namun ketika berumur 10 tahun, hidupnya berubah jadi lebih teruk selepas berlaku satu kejadian di pasar raya ibunya. Walaupun memorinya cemerlang, dia tetap gagal dalam peperiksaan perkhidmatan awam tiga tahun berturut-turut.

Teaser yang dikeluarkan oleh tvN untuk drama akan datang ini memaparkan Ahn Dae Sung sedang bekerja sebagai juruwang yang hambar di sebuah pasar raya.

Walau bagaimanapun, Ahn Dae Sung tertarik kepada barangan runcit yang diletakkan di atas conveyor belt atau tali sawat penyampai menurut kamus DBP di kaunter pembayaran. Ada sebiji tembikai dengan kapak tersangkut, teddy bear koyak berendam di dalam tin sos tomato dan…

eee

Akhirnya menjerit lelaki itu bila bertentang mata dengan ikan berdarah yang ditikam dengan pisau. Kemudian tercetak resit yang bertulis ‘Dalangnya ada di dalam resit’.

75

Menurut Soompi, ‘The Killer’s Shopping List’ akan ditayangkan pada bulan April. Sementara itu, tonton teaser penuh di bawah!