YouTuber Mukbang Korea, Ziyang mendedahkan pendapatannya menerusi YouTube hasil meraih 5.77 juta langganan dan hampir 1 billion tontonan ketika artikel ini ditaip.

Ziyang dikenali ramai sebagai Mukbanger yang makan banyak walaupun bertubuh kecil dan comel menerusi YouTube salurannya, Tzuyang sejak 2018. Sehingga kini videonya yang menghabiskan 20 kg organ dalaman haiwan, 20 bungkus ramen dan 240 sushi seorang diri dianggap legend.

3 4

Malah sampai ke hari ini Ziyang membuatkan mulut penonton ternganga apabila melihat dia makan 20 biji burger dan 9 tin soda dengan laju.

Selain itu, Ziyang turut mengundang cemburu orang ramai kerana kekal kurus kerana berat badannya dilaporkan sukar naik walaupun makan dalam kuantiti yang banyak. Semasa muncul di kaca TV, dia mendedahkan tingginya 162 cm dan beratnya sekitar 48-49 kg.

1 5

Ziyang yang cukup pakej kuat makan, mempunyai ramai peminat dan dianugerahkan rupa paras menarik itu menimbulkan tanda tanya netizen tentang pendapatannya daripada YouTube.

2 3

Dalam sebuah rancangan hiburan. Ziyang mendedahkan jumlah keseluruhan tontonan videonya hampir mencecah satu billion dan nilai pendapatannya 4 hingga 5 won untuk setiap klik tontonan.

Oleh itu, dianggarkan Ziyang mendapat keuntungan sekurang-kurangnya 4 billion won (hampir RM 14 juta) selama tiga tahun jadi YouTuber dan membuatkan netizen komen yang dia ternganga mendengarnya.

Laman statistik YouTube, ‘Nox Influencer’ menganggarkan pendapatan bulanan Ziyang mencecah sekitar 440,000-800,000 Ringgit Malaysia.

Sumber: [1]

Previous articlePerkahwinan Pasangan ‘Chaebol’ Ini Pernah Ditentang Oleh Warga Korea
Next articleLee Kwang Soo Menjerit Bila Tengok Barang-barang Runcit Ini Dalam Teaser ‘The Killer’s Shopping List’