Chung Eui Sun merupakan anak sulung bekas Pengerusi Hyundai Motor Group, Chung Mong Koo. Dirinya pernah menjadi topik perbualan hangat setelah mengadakan majlis perkahwinan yang tidak dipersetujui ramai.

lmgg

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Korea, Chung Eui Sun yang sejak kecil dititikberatkan soal pelajaran terus dihantar ke Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan atau MBA pula.

Di AS, dia bertemu dengan Chung Ji Sun, anak perempuan sulung Pengerusi Sampyo Group yang menjadi isterinya sekarang. Namun proses perkahwinan mereka tidak berjalan lancar kerana mereka mempunyai nama keluarga yang sama.

fde

Suatu ketika dahulu, orang ramai membantah perkahwinan itu kerana terdapat persepsi bahawa mereka adalah satu keluarga jika mempunyai nama keluarga yang sama.

Namun mendiang Chung Ju Yung, pengasas Hyundai Group berfikiran terbuka dan menilai kedua-dua pasangan itu bukanlah adik-beradik yang mempunyai pertalian darah, tambahan pula mereka berbeza personaliti lantas merestui perkahwinan tersebut.

Eui Sun dan Ji Sun bahagia hingga kini meskipun perkahwinan mereka pernah mendapat tentangan hebat daripada masyarakat.

lgd

Tidak seperti isteri-isteri chaebol lain yang enggan mendedahkan wajah kepada umum, Ji Sun tetap tampil di khalayak dan menyambut kepulangan suaminya Chung Eui Sun setiap kali pulang dari business trip.

Eui Sun pada mulanya tidak mahu duduk di kerusi pengarah, katanya hanya akan menyokong bapanya, Pengerusi Kehormat Chung Mong Koo. Namun akhirnya dia diangkat juga menjadi pengerusi Hyundai Motor Group pada 14 Oktober 2020 kerana tuntutan tanggungjawab pengurusan.

Sumber: [1]

Previous articleSinopsis Military Prosecutor Doberman: Membongkar Rahsia Kelam Dalam Dunia Ketenteraan
Next articleNetizen Ternganga Bila YouTuber Mukbang Ini Dedah Nilai Pendapatannya