Home Kdrama/Kmovie Sinopsis Military Prosecutor Doberman: Membongkar Rahsia Kelam Dalam Dunia Ketenteraan

Sinopsis Military Prosecutor Doberman: Membongkar Rahsia Kelam Dalam Dunia Ketenteraan

0

Adakah anda meminati K-drama bertemakan ketenteraan, perundangan dan konspirasi?

Drama Military Prosecutor Doberman yang menggantikan tayangan Ghost Doctor di tvN ini mengangkat sisi misteri dalam dunia askar. Ia menggambarkan proses perundangan dan pergolakan kebaikan menentang kejahatan dalam kalangan perajurit.

Apa yang menarik, portal Naver melaporkan ini drama Korea pertama yang berkonsepkan mahkamah tentera dan tidak pernah diketengahkan sebelum ini.

2

Penulis drama ini pula adalah Yoon Hyun Ho yang mempunyai kredibiliti dalam menulis tentang sistem perundangan serta pernah menggarap filem ‘The Attorney’ (2013) dan drama ‘Lawless Lawyer’ (2018).

Selepas Yumi’s Cells dan My Name, Ahn Bo-hyun sekali lagi kembali ke skrin dalam drama ini.  Jo Bo-ah turut buat comeback setelah berlakon dalam Tale of the Nine Tailed, dua tahun lalu. Mereka berdua jadi bintang utama drama ini.

3 3

Sinopsis (Mengandungi sedikit spoiler)

Ketika Do Bae Man menjunam ke bawah dari puncak sebuah bangunan pencakar langit, dia mengimbas kembali zaman remajanya seperti dibuang sekolah dan dimarahi oleh emak saudaranya.

Meskipun kurang dari segi pendidikan formal, Bae Man cekal belajar sendiri sampai lulus ujian perundangan tetapi diketawakan semasa temu duga kerja di firma guaman kerana tiada diploma sekolah menengah tinggi.

Sakit hati sangat, dia pun baling kerusi kepada para penemu duga tersebut. Kemudian dia dihampiri orang berpangkat besar dalam firma guaman itu sendiri yang selama ini memerhatikannya.

Bae Man ditawarkan menjadi jadi pendakwa raya tentera selama lima tahun dengan ganjaran lumayan. Bila dengar perkataan ‘tentera’, dia enggan menerima tawaran itu pada mulanya.

4 3

Kerana dia teringatkan sebuah tragedi dan pernah melihat ibu bapanya yang berpakaian tentera buat kali terakhir sebelum maut dalam kemalangan kereta.

5 2

Selepas dijelaskan skop kerja, pemuda itu pun bersetuju. Lagipun dia sukakan bau duit dan pangkat.

6

Lima tahun kemudian…

Datang seorang pendakwa raya baru dan wanita misteri bernama Cha Woo In. Keyakinan dan ketenangan wanita itu menangkap perhatian Bae Man yang sudah menjadi senior ketika itu.

7

Sebenarnya wanita itu ada rahsia dan misi tersendiri mengapa dia menyertai tentera, demi membalas dendam.

8

Begitulah serba sedikit sinopsis dalam episod satu. Sehingga episod lima, Military Prosecutor Doberman mengalami peningkatan rating dan mencapai purata 7.9 peratus berdasarkan data Nielsen Korea menurut Naver.

Drama 16 episod ini sedang on-going dan boleh ditonton menerusi laman web atau aplikasi Viu.