Home Kdrama/Kmovie Watak Penuh Malang Kim Mi Kyu dalam Missing Crown Prince, Dipergunakan oleh...

Watak Penuh Malang Kim Mi Kyu dalam Missing Crown Prince, Dipergunakan oleh Datuknya Sendiri

0

Putera Agung Doseong (Kim Min Kyu) dalam drama saeguk Missing Crown Prince merupakan putera raja kepada Raja Haejong (Jeong Jin Oh) dan Permaisuri Yoon (Yoo Se Rye). Dia juga merupakan adik tiri kepada Putera Mahkota Yi Gun (Suho EXO). Kehidupan mereka berempat sangat harmoni dan bahagia sebelum kemunculan para pembesar istana yang berusaha menggoyahkan kedaulatan istana dan kerajaan.

IMG 5554Sejak munculnya pembesar istana yang jahat dan tamak haloba, Putera Agung Doseong juga akhirnya turut merasakan kesan dari kejahatan-kejahatan yang semakin bermaharajalela. Walau dia merupakan putera raja kepada raja yang merupakan ketua negara, dia tetap menjalani kehidupan yang sangat malang.

Jadi, apakah nasib malang dalam hidup Putera Agung Doseong dalam drama sageuk Missing Crown Prince? Mari sama-sama kita lihat.

 

Crown prince1. Merupakan seorang putera raja, selama ini Putera Agung Doseong tetap perlu menjalani peraturan ketat dan tinggal terpisah di luar istana

 

 

 

2efb750b 3110 45bd a2eb 68dc6bad36902. Di luar istana, buat pertama kalinya putera raja ini jatuh cinta pada seorang gadis. Namun malang baginya apabila gadis tersebut dijodohkan pula dengan abangnya

Baca juga: Missing Crown Prince: Siapakah Kekasih Gelap Bonda Ratu?

 

 

00e235af f1f9 4a7f 81e9 4aecf06d6d533. Putera Agung Doseong cuba meluahkan perasaannya pada Choi Myung Yoon (Hong Ye Ji), sayangnya Myung Yoon mengatakan bahawa dia sudah bertunang dengan jejaka lain

 

 

 

c407fe8d 57d6 4234 9e50 652d04c66b034. Perkara yang paling menyakitkan adalah kebenaran bahawa Putera Agung Doseong telah diperalatkan oleh ahli keluarganya. Dia menjadi alat bagi datuknya dan juga bonda ratu dalam mencapai keinginan mereka

Baca lagi: The Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang Diculik Bakal Isterinya Sendiri

 

 

5f55ed9e a45b 4fde 90ac 13d909aef8e45. Menyayangi ayahnya, ibunya, dan juga abangnya, Putera Agung Doseong diancam dah diberi pilihan yang sukar untuk memilih menyelamatkan salah seorang di antara ketiga-tiga mereka

 

 

 

6afc29e6 38be 4b0e b55e 6ba7181b6d556. Bukan hanya itu, dia juga perlu menjalani kehidupan yang langsung tidak diingininya. Putera Agung Doseong dipaksa oleh banyak pihak untuk mempersiapkan diri untuk menjadi putera mahkota

 

680f08f1 8aa2 4976 9633 86b0bebfcf75

7. Tidak mahu mengkhianati ayah dan abangnya sendiri, dia terpaksa membuat perangai buruk di dalam istana. Putera Agung Doseong banyak melanggar peraturan demi untuk melindungi keluarganya

Walau nasib malang dalam hidup telah muncul bertimpa-timpa, Putera Agung Doseong hingga kini masih berpihak pada kebenaran. Dia melakukan berbagai-bagai perkara untuk melindungi keluarganya dengan caranya sendiri. Namun, adakah usaha dan pengorbanannya akan berhasil akhirnya? Jangan lupa menonton episod seterusnya ya!

Baca lagi: Anda Menyukai Missing Crown Prince? Tonton 7 Kdrama Sageuk Ini
Baca juga: Permulaan Drama Missing Crown Prince Sangat Mengujakan, Pelbagai Konflik Muncul