Home Kdrama/Kmovie Missing Crown Prince: Siapakah Kekasih Gelap Bonda Ratu?

Missing Crown Prince: Siapakah Kekasih Gelap Bonda Ratu?

0

“Missing Crown Prince” MBN ialah drama komedi romantik misteri berlatarkan era Joseon tentang seorang putera mahkota yang diculik oleh wanita yang bakal menjadi isterinya atas sebab konspirasi istana yang ingin membunuh Putera Mahkota.

IMG 3424 scaled IMG 3425

Missing Crown Prince ini adalah spin-off daripada “Bossam: Steal the Fate,” yang mencatat rekod baharu untuk rating penonton tertinggi dalam sejarah MBN.

Salah satu misteri di awal episod drama Korea terbaru Missing Crown Prince adalah mengenai identiti kekasih gelap Bonda Ratu Min Soo Ryeon (Myung Se Bin). Beberapa kali, para dayang terserempak dengan Bonda Ratu yang melakukan perbuatan terkutuk dengan kekasihnya. Tidak lama kemudian, saksi yang melihat kecurangan Bonda Ratu ditemui meninggal dunia secara misteri.

Putera Mahkota Yi Gun (Suho EXO) tanpa sengaja juga mengetahui hubungan gelap neneknya itu. Dia merasa geram kerana neneknya menodai kesetiaannya pada mendiang Raja, datuknya. Yi Gun berusaha menyiasat identiti kekasih misteri tersebut.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler bagi anda yang belum menonton drama “Missing Crown Prince”!

1. Rahsia tentang kekasih rahsia Bonda Ratu terdedah

Bonda ratuBonda Ratu diam-diam bertemu dengan seorang lelaki di salah sebuah astaka istana. Semasa Yi Gun mengekorinya, lelaki misteri itu secara tidak sengaja menjatuhkan sekotak jarum akupuntur. Berbekalkan bukti itu, Yi Gun berusaha menyiasat dengan lebih mendalam.

Dia berjumpa Choi Sang Rok (Kim Joo Hun), tabib yang paling dipercayai Raja dan Putera Mahkota. Choi Sang Rok berkata bahawa jarum akupuntur yang menjadi bukti adalah milik salah seorang tabib istana. Dia berjanji akan memberitahu Yi Gun siapakah yang kehilangan kotak akupuntur tersebut.

 

2. Tabib istana Bonda Ratu merupakan suspek pertama

58984528 a3d5 47e8 8888 4c923d143447Orang yang kehilangan kotak jarum akupuntur itu menurut Choi Sang Rok adalah tabib Heo Jin Soo (Park Sung Woo). Dia merupakan tabib utama di istana Bonda Ratu. Heo Jin Soo juga menjadi tabib yang selama ini melakukan bedah siasat pada para dayang yang meninggal dunia secara misteri selepas menyaksikan Bonda Ratu bertemu kekasihnya. Dia selalu menyimpulkan kematian mereka disebabkan oleh bunuh diri.

Ketika Yi Gun hendak memerangkap Heo Jin Soo untuk kemudian menghukum Bonda Ratu, tabib itu ditemui mati kerana gantung diri di rumahnya. Kejadian ini menguatkan anggapan bahawa dia mati kerana takut dihukum atas tuduhan berbuat zina dengan Bonda Ratu. Namun, Yi Gun masih meragui perkara itu. Dengan bantuan Choi Myeong Yoon (Hong Ye Ji), dia menyelinap dan memeriksa mayat Heo Jin Soo. Selepas melakukan penyiasatan, Choi Myeong Yoon berpendapat lelaki ini dibunuh dengan racun, bukan bunuh diri.

 

3. Yi Gun mengesahkan identiti sebenar kekasih rahsia Bonda Ratu, siapakah dia?

e0d12fee d258 4382 a2cf 8f5d6fd4f0bf

Orang yang mengetahui tentang kecurigaan Yi Gun pada Heo Jin Soo adalah Choi Sang Rok. Dia pula yang menyatakan bahawa bukti kotak akupuntur adalah milik Heo Jin Soo. Yi Gun akhirnya mengesyaki bahawa kekasih Bonda Ratu yang sebenarnya adalah Choi Sang Rok.

Dia membuat rancangan dengan Putera Doseong (Kim Min Kyu) untuk menangkap Choi Sang Rok. Sebelum menjalankan rancangannya, Yi Gun mahu membuat tabib tersebut mengaku perbuatannya dengan mulutnya sendiri.

Selepas didesak, Choi Sang Rok dengan berani mengakui bahawa memang benar dia adalah kekasih Bonda Ratu. Mereka sudah kenal sejak kecil, bahkan mereka pernah bertunang. Sayangnya, Min Soo Ryeon diangkat menjadi isteri raja hingga hubungan mereka terpaksa berakhir. Choi Sang Rok kemudian memiliki peluang bertemu Bonda Ratu di istana dan kisah cinta mereka bermula kembali.

 

4. Bonda Ratu dan Tabib Istana komplot membunuh Putera Mahkota

Missing crown prince

Yi Gun yang marah hendak menangkap dan menghukum Choi Sang Rok. Namun rupa-rupanya Choi Sang Rok dan Bonda Ratu sudah menyiapkan rancangan lain iaitu untuk membunuh Putera Mahkota Lee Geon (Suho EXO). Kali ini Yi Gun yang ditangkap oleh para pengawal.

Misteri identiti kekasih gelap Bonda Ratu dalam drama Missing Crown Prince akhirnya terungkap. Kebenaran ini membuatkan hubungan Yi Gun dengan Choi Myeong Yoon jadi semakin rumit. Ramai penonton berharap mereka berdua mempunyai jodoh yang kuat. Kita lihat sahaja bagaimanakah perkembangan hubungan mereka nanti ya.

Jangan lupa saksikan drama Missing Crown Prince pada hari Sabtu dan Ahad di platform/channel yang terpilih ya!

Baca lagi: Permulaan Drama Missing Crown Prince Sangat Mengujakan, Pelbagai Konflik Muncul
Baca juga: The Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang Diculik Bakal Isterinya Sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here