Home Kdrama/Kmovie Anda Menyukai Missing Crown Prince? Tonton 7 Kdrama Sageuk Ini

Anda Menyukai Missing Crown Prince? Tonton 7 Kdrama Sageuk Ini

0

Drama Missing Crown Prince merupakan salah satu drama genre sageuk ongoing yang banyak dibincangkan oleh para peminat drama Korea. Missing Crown Prince menceritakan tentang Putera Mahkota Yi Gun (Suho EXO) yang diasingkan dan cuba dibunuh oleh pihak istana, dia juga dijodohkan dengan anak perempuan dari keluarga bangsawan bernama Choi Myeong Yoon (Hong Ye Ji).

IMG 3424 scaled

Walau dimulakan dengan sangat janggal, hubungan mereka mula berkembang menjadi kisah cinta yang cukup rumit. Tambahan pula, pelbagai pihak hendak menyingkirkan putera mahkota Yu Gun dari takhtanya. Sementara itu, konflik perebutan takhta yang diwarnai kisah romantik keluarga diraja sudah menjadi premis cerita mainstream dalam Kdrama sageuk. Walau demikian, ini masih menjadi plot yang sangat digemari oleh para penonton.

Jika Missing Crown Prince merupakan jenis drama kegemaran anda, terdapat tujuh drama Korea lain yang hampir serupa dengan drama ini. Mari sama-sama kita lihat dibawah ya!

 

1. Dalam The King’s Affection (2021)

Missing crown

Putera Lee Hwi (Park Eun Bin) yang sebenarnya seorang puteri perlu melalui konflik pelik selepas jatuh hati dengan gurunya

 

2. River Where The Moon Rises (2021)

Kdrama

Mengisahkan tentang puteri dari Istana Goguryeo yang bercita-cita mahu menaiki tahkta, tetapi dia jatuh hati dengan seorang lelaki biasa

Baca juga: Permulaan Drama Missing Crown Prince Sangat Mengujakan, Pelbagai Konflik Muncul

3. The Red Sleeve (2021)

b5619f26 3141 4176 b767 699d6d94c318

Seorang dayang bernama Sung Deok Im (Lee Se Young) terlibat hubungan romantik dengan putera mahkota hingga menimbulkan konflik

 

4. Our Blooming Youth (2023)

5dcd077a 0ac2 4fde 9103 17a339e10587

Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyung Sik) selalu kelihatan dingin dan kesepian, tetapi dia berubah selepas bertemu dengan Min Jae Yi (Jeon So Nee)

 

5. The Secret Romantic Guesthouse (2023)

6eb11a7c 4c88 4632 bb23 9feb2fe9f70b Yoon Dan O (Shin Ye Eun) membantu putera mahkota yang diusir dari istana untuk merebut takhtanya kembali

 

6. Captivating The King (2024)

3e0943db d495 43ab b631 9aa8b4c08b32

Menampilkan polemik seorang raja yang terlibat hubungan asmara dengan anak perempuan dari keluarga bangsawan

 

7. Love Song for Illusion (2024)

5100a65a 1f77 43d4 bd86 394a1a874fba

Yeon Wol (Hong Ye Ji) yang memihak kepada putera mahkota dengan melibatkan diri dalam pencapaian takhtanya

Walau tema dan jalan cerita yang diusung hampir serupa antara satu sama lain, terutama dengan Missing Crown Prince, ketujuh-tujuh drama Korea di atas tersebut memiliki pesona tersendiri. Jadi, jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Missing Crown Prince: Siapakah Kekasih Gelap Bonda Ratu?
Baca juga: Missing Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang Diculik Bakal Isterinya Sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here