Home Kdrama/Kmovie Permulaan Drama Missing Crown Prince Sangat Mengujakan, Pelbagai Konflik Muncul

Permulaan Drama Missing Crown Prince Sangat Mengujakan, Pelbagai Konflik Muncul

0

Selepas tampil dalam drama Love Song for Illusion (2024), Hong Ye Ji muncul lagi membintangi drama saeguk bertajuk Missing Crown Prince (2024).

Kali ini dalam Missing Crown Prince, pelakon wanita yang membawa watak sebagai anak tabib istana ini akan bergandingan dengan Suho EXO yang menjadi putera mahkota.

Mengambil latar tentang perbalahan politik istana, berikut dibawah ini adalah beberapa konflik yang muncul di pada permulaan episod drama Missing Crown Prince.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

 

1. Usaha untuk mengahwinkan putera mahkota

Missing crown princeSuatu malam, Putera Mahkota Yi Gun (Suho EXO) keluar dari istana secara diam-diam untuk menyiasat tentang pemberontakan raja terdahulu yang telah disingkirkan. Namun perbuatannya itu diketahui oleh orang lain. Tidak rela membuatkan raja dan permaisuri cemas, Yi Gun membiarkan orang salah faham dengan dia dan menganggap dia pergi untuk berjumpa wanita penghibur.

Raja dan permaisuri berniat mahu mengahwinkan Yi Gun. Mereka setuju untuk memilih Choi Myeong Yoon (Hong Ye Ji), anak kepada tabib istana Choi Sang Rok (Kim Joo Hun) sebagai pasangan Putera Mahkota. Sayangnya, sebelum proses perjodohan dilakukan, terjadi pergolakan besar di istana.

Baca lagi: 5 Kdrama Sageuk, Diangkat dari Kisah Benar, Kisah Licik Politik dan Percintaan

2. Takdir mengatakan Choi Myeong Yoon akan menjadi balu

3fa20e11 21d5 46f3 94ab 635b20071e3aChoi Sang Rok sangat bahagia anaknya dipilih menjadi calon Puteri Mahkota. Namun dia sebenarnya menghadapi masalah serius. Choi Myeong Yoon pernah diramal akan menjadi balu pada usia muda, ertinya mana-mana jejaka yang mengahwini gadis itu akan mati pada usia muda. Choi Sang Rok berusaha untuk mengubah takdir anaknya. Sesuai dengan arahan bomoh, dia mengadakan upacara perkahwinan palsu untuk Choi Myeong Yoon.

Seorang lelaki diculik secara rawak untuk proses ini. Sangat mengejutkan apabila lelaki yang diculik oleh orang bawahan Choi Sang Rok adalah Putera Mahkota. Choi Sang Rok yang mengetahui kesalahan ini memilih untuk menyerahkan masa depan anaknya dan putera mahkota kepada takdir. Sementara itu, Choi Myeong Yoon berusaha meninggalkan upacara tersebut dan menyelamatkan lelaki yang diculik ayahnya.

Baca juga: 5 Drama Sageuk Korea, Buat Air Mata Penonton Mengalir

3. Rahsia hitam Bonda Ratu

7f9e6db2 a248 492a 9cd4 3d43ee9d234dKetika berusaha menyiasat kematian seorang pekerja bawahan, Putera Mahkota Yi Gun secara tidak sengaja mengetahui tentang kecurangan yang dilakukan oleh neneknya, Ibu Min Soo Ryeon (Myung Se Bin). Terkejut, Yi Gun berusaha mencari lelaki yang menjadi pasangan Bonda Ratu. Lelaki itu disyaki sebagai seorang tabib istana.

Sementara itu, Permaisuri Ratu yang mengetahui bahawa Yi Gun mengintipnya berusaha menyingkirkan cucunya tersebut. Dia mengugut Raja Haejong (Jeon Jin Oh) untuk membunuh anaknya sendiri. Jika menolak, dia akan kehilangan kuasa. Raja terdesak kerana Bonda Ratu rupa-rupanya sudah menguasai semua pembesar istana, dayang, serta para pengawal di istana.

Baca lagi: 9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri

4. Usaha menjatuhkan putera mahkota

74724657 a84b 48d4 a3f6 dd0e41352609Usaha menjatuhkan Putera Mahkota juga dilakukan oleh Yoon Yi Gyeom (Cha Kwang Soo). Dia takut jika Yi Gun menaiki takhta, nyawa anak serta cucunya akan terancam. Yoon Yi Gyeom berusaha menjadikan cucunya, Putera Doseong (Kim Min Kyu) sebagai Putera Mahkota menggantikan Yi Gun. Sementara itu, Doseong menolak idea datuknya kerana dia akrab dengan Yi Gun dan menganggapnya sebagai saudara kandung.

Baca juga: 5 Pilihan Kdrama Sageuk Romantik, Buat Peminat Cair

5. Kemungkinan pemberontakan dari raja yang disingkirkan

306f6a47 bb85 4439 9b67 33798df54467Raja dan Putera Mahkota masih menghadapi ancaman dari keturunan raja terdahulu yang telah digulingkan. Ada laporan bahawa saki baki penyokong raja terdahulu sedang menghimpun kekuatan untuk melakukan pemberontakan.

Drama saeguk memang selalunya menyajikan kisah tentang pergaduhan politik dan perebutan kuasa. Bagaimanakah sambungan kisah Putera Mahkota Yi Gun serta bakal isterinya, Choi Myeong Yoon?

Missing Crown Prince ditayangkan di MBN pada 13 April 2024, dan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 21:40 (KST). Ia juga tersedia untuk penstriman di TVING dan Wavve di Korea Selatan, dan di Viki di kawasan terpilih. Nantikan episod terbaru ya!

 

Baca lagi: The Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang Diculik Bakal Isterinya Sendiri
Baca juga: 59 Drama dan Filem Lee Mi Sook, Bawa Watak Villain Paling Kejam dalam Queen of Tears

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here