Home Kdrama/Kmovie 5 Kdrama Sageuk, Diangkat dari Kisah Benar, Kisah Licik Politik dan Percintaan

5 Kdrama Sageuk, Diangkat dari Kisah Benar, Kisah Licik Politik dan Percintaan

0

Kdrama sageuk merupakan salah satu daya tarikan dari negara Korea Selatan. Sejarah istana dan raja-raja Joseon banyak menarik perhatian penonton dari seluruh dunia.

Kebanyakan Kdrama sageuk ini juga mengangkat kisah sebenar tentang tokoh-tokoh terkenal dari negara itu. Bukan hanya cerita yang penuh tipu daya politik, kisah cinta tokoh-tokoh tersebut juga menarik untuk ditonton.

Berikut ini adalah 5 Kdrama sageuk yang diangkat dari kisah benar.

 

1. Six Flying Dragons

Kdrama sageukKdrama sageuk Six Flying Dragons diangkat dari kisah bear kehidupan Lee Bang Woon, raja ketiga Dinasti Joseon. Drama yang dibintangi pelakon tampan Yoo Ah In ini mengisahkan tentang semangat Lee Bang Woon untuk mengubah dinasti Goryeo ke Joseon. Bang Won bersama lima orang lainnya saling membantu untuk menjatuhkan raja yang berkuasa. Watak Bang Won ini membuatnya berubah menjadi lelaki yang gila kuasa hingga mengorbankan cintanya pada Boon Yo (Shin Se Kyung).

 

2. Queen Seondeok

c4e52125 bb7f 4db7 806d beb3754ba092Queen Seondeok adalah salah sebuah Kdrama sageuk popular yang ditayangkan pada tahun 2009. Drama yang diangkat dari kisah benar ini menceritakan tentang perebutan kuasa di zaman Puteri Deoknam. Puteri Deoknam kemudian dikenali sebagai Ratu Seondeok dibuang dari kerajaan. Sejak kecil dia dibesarkan oleh dayang istana. Suatu hari, Deoknam mengetahui identitinya dan dia mahu menaiki takhta sebagai raja. Dia menggunakan berbagai-bagai taktik dan mengorbankan Bidam (Kim Nam Gil), lelaki yang dicintainya sejak kecil.

 

3. A Jewel in the Palace

4ecad0fb 5b51 4151 9f6d a7a5d6bf5eb7A Jewel in the Palace merupakan kisah sebenar perjuangan Dae Jang Geum, tabib (doktor) perempuan istana pertama di Dinasti Joseon. Sejak kecil, Jang Geum hidup menderita kerana ibunya meninggal dunia selepas dituduh sebagai penjahat. Jang Geum berusaha masuk ke istana untuk mengungkap kes kematian ibunya. Dia bekerja sebagai tukang masak berbakat. Dalam perjalanannya, Jang Geum selalu diperangkap oleh musuh ibunya. Dia lalu jatuh cinta pada pengawal istana bernama Min Jeong Ho. Bersama Min Jeong Ho, Jang Geum berjaya menemui kebenaran dan berubah menjadi tabib perempuan istana yang terkenal.

 

4. Empress Ki

0231c887 165f 4945 bba5 90a203da4d99Empress Ki atau Lady Gi merupakan tokoh sejarah terkenal dari dinasti Ming. Dia merupakan anak perempuan dari pegawai kelas bawah bernama Ki Ja Ho. Drama Empress Ki menceritakan tentang perjalanan hidup Lady Gi atau Gi Seung Nyang (Ha Ji Won). Dia naik tahta sebagai permaisuri dinasti Yuan Cina walau ramai orang melawannya.

 

5. Queen For Seven Days

Kdrama sageukKdrama sageuk Queen For Seven Days menceritakan tentang kisah sebenar Shin Chae Kyung, Ratu Dangyeong. Chae Kyung merupakan wanita yang terpilih untuk berkahwin dengan Putera Lee Yeok. Namun, Lee Yeok dan ayah Chae Kyung menolak perkahwinan tersebut. Sebaliknya, Chae Kyung ingin berkahwin dengan Lee Yeok dan melakukan berbagai-bagai cara supaya putera itu mencintainya. Apabila kedua-duanya sudah mula jatuh cinta, sekumpulan penjahat diperintahkan untuk membunuh Lee Yeok, hingga tersebar berita bahawa dia meninggal dunia. Chae Kyung merasa sedih dan putus asa akhirnya mengikuti Lee Yoong, abang Lee Yeok yang jahat.

Menarik kan? Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 5 Drama Sageuk Korea, Buat Air Mata Penonton Mengalir
Baca juga: 7 Permaisuri Paling Kejam dalam Kdrama Sageuk, Jahat dan Berhati Iblis
Baca lagi: 13 Kdrama Sageuk Kelakar dan Penuh Komedi, Sangat Menghiburkan