Home Artis Korea 6 Kdrama Menarik Ji Chang Wook yang Boleh Anda Tonton di Netflix,...

6 Kdrama Menarik Ji Chang Wook yang Boleh Anda Tonton di Netflix, Masih Available

0

Populariti drama Welcome to Samdal-ri yang dibintangi oleh Ji Chang Wook baru-baru ini memang benar-benar luar biasa. Buktinya, drama Korea ini berjaya berada di kedudukan top 10 pada kategori TV Shows. Dari segi cerita dan lakonan, Ji Chang Wook mendapat banyak pujian.

Jika anda merindui lakonan pelakon ini dalam Welcome to Samdal-ri dan anda masih belum boleh move on, apa kata anda menonton drama-drama lain yang pernah dibintangi oleh pelakon ini di Netflix!

 

1. Suspicious Partner

6bf14127 8eea 4ab6 9658 abc47e022f8cJi Chang Wook membawa watak sebagai pendakwa raya muda yang genius dan kuat bekerja yang bernama No Ji Wook. Namun, suatu hari dia dituduh melakukan serangan seksual oleh seorang wanita yang dibawa oleh Nam Ji Hyun. Selepas membersihkan namanya dari tuduhan serangan seksual, watak Ji Chang Wook bertemu lagi dengan Nam Ji Hyun beberapa bulan kemudian. Rupa-rupanya, Nam Ji Hyun adalah pelatih yang mahu menjadi peguam di pejabat Ji Chang Wook.

 

2. Backstreet Rookie

1b2eaa4a 63fa 47aa 9974 02ba6b079880Diangkat dari webtoon hit di Korea Selatan, Backstreet Rookie menggandingkan dua orang pelakon top iaitu Ji Chang Wook dan Kim Yoo Jung. Drama yang mengandungi banyak unsur komedi ini menceritakan tentang pemiliki kedai serbaneka bernama Choi Dae Hyun dan Jung Saet Byul, seorang pelajar sekolah menengah.

 

3. The Sound of Magic

ji chang wookThe Sound of Magic adalah drama Korea dengan tema yang lain dari yang lain. Merupakan siri original Netflix, Ji Chang Wook berpeluang untuk bergandingan dengan Choi Sung Eun. Watak Choi Sung Eun adalah sebagai gadis yang tumbuh dewasa terlalu cepat dan sangat berbeza dengan watak yang dibawa oleh Ji Chang Wook iaitu orang dewasa yang ingin menjadi kanak-kanak. Seorang gadis dengan latar belakang mengerikan bertemu dengan ahli silap mata dengan perwatakan aneh. Anda perlu tonton!

 

4. Healer

fd31396c bbee 4295 93ba 72808089fbf2Healer dibintangi oleh Ji Chang Wook bersama dengan Park Min Young dan juga Yoo Ji Tae. Drama ini menceritakan tentang selok belok dunia media yang melibatkan wartawan, hacker, dan healer. Healer memiliki ialah penghantar pesanan rahsia. Ketiga-tiga mereka tersebut berusaha untuk mengungkap kes siaran haram di masa lalu. Walau banyak adegan menegangkan, drama ini juga dihiasi dengan adegan romantik.

 

5. The Empress Ki

bc0fab22 6e0f 466f 9803 3a19109d5004Bergandingan dengan Ha Ji Won dalam drama di Netflix The Empress Ki, watak Ji Chang Wook dalam draan ini masih diingati oleh para peminat. Dia membawa watak sebagai Ta Hwan, lelaki menyedihkan yang nyawanya berakhir di tangan wanita yang dicintainya.

 

6. Lovestruck in the City

Ji chang wookBergandingan dengan Kim Ji Won, Ji Chang-wook membawa watak sebagai seorang arkitek dalam drama Lovestruck in the City. Drama ini seakan-akan menggambarkan bagaimana masyarakat urban berusaha dalam mengejar cinta dan kebahagiaan dengan cara mereka bertahan hidup di kota besar.

Enam drama Korea di atas merupakan drama yang dibintangi oleh Ji Chang-wook dan masih ditayangkan di Netflix. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Ji Chang Wook Bakal Muncul dalam Kdrama Terbaru Gangnam B-Side
Baca juga: 5 Kdrama Sageuk, Diangkat dari Kisah Benar, Kisah Licik Politik dan Percintaan