Home Artis Korea Ji Chang Wook Bakal Muncul dalam Kdrama Terbaru Gangnam B-Side

Ji Chang Wook Bakal Muncul dalam Kdrama Terbaru Gangnam B-Side

0

Ji Chang Wook bakal muncul dalam drama Korea terbaru yang bertajuk Gangnam B-Side yang direncanakan akan ke udara pada akhir tahun 2024 nanti.

Pasti para peminat setia ingin mengetahui sinopsis cerita, senarai pelakon, dan juga tarikh tayangan drama Gangnam B-Side bukan?

Jom sama-sama kita lihat maklumat selengkapnya dibawah ini! Drama Gangnam B-Side bergenre aksi, jenayah, dan thriller yang memang dinanti-nantikan ramai!

 

1. Sinopsis Gangnam B-Side

Gangnam B-SideGangnam B-Side menceritakan tentang seorang detektif yang diasingkan oleh jabatannya sendiri selama bertahun-tahun. Detektif tersebut adalah Kang Dong Woo (Jo Woo Jin). Kang Dong Woo secara tiba-tiba dipaksa kembali ke barisan depan apabila terjadi sebuah kes yang sukar untuk diselesaikan iaitu kes kehilangan seorang wanita di daerah Gangnam.

Namun bukan sekadar mencari orang hilang, kes tersebut sebenarnya jauh lebih besar dari yang disangka. Di sebalik semuanya, ada dunia dadah terlarang dan rasuah yang melibatkan para golongan elit Korea Selatan yang bakal terkuak.

Kang Dong Woo bakal berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut dengan bantuan Yoon Gil Ho (Ji Chang Wook). Dia merupakan seorang penegak keadilan jalanan yang tampak kuat memberontak tetapi sebenarnya sangat gigih.

 

2. Senarai pelakon Gangnam B-Side

Gangnam B SideBerikut ini adalah barisan pelakon yang akan terlibat dalam Gangnam B-Side beserta watak-watak yang mereka bawa:

● Ji Chang Wook sebagai Yoon Gil Ho
● Jo Woo Jin sebagai Kang Dong Woo
● Ha Yoon Kyung sebagai Min Seo Jin
● BIBI
● Jeong Jae Kwang
● Eum Moon Suk
● OhYeJu
● Seo Tae Woong

Baca juga: “The Worst of Evil”, Menampilkan Kegilaan Ji Chang Wook dan Wi Ha Joon

3. Tarikh tayangan Gangnam B-Side

Ji chang wookGangnam B-Side sudah memulakan proses penggambaran pada awal Januari 2024 ini. Beberapa keping foto Ji Chang Wook sedang menjalani proses penggambaran drama ini sudah tersebar di media sosial. Gangnam B-Side bakal ke udara pada akhir tahun 2024 nanti.

Sebelum ini, pada bulan Mac 2023, pihak produksi Gangnam B-Side sempat melakukan pergantian cast. Awalnya, watak utama ditawarkan kepada Cha Eun Woo dan pelakon itu telah mempertimbangkannya. Namun, akhirnya dia menolak tawaran tersebut kerana jadual yang sangat padat. Akhirnya, pada bulan November 2023, Ji Chang Wook disahkan menerima tawaran untuk membawa watak sebagai Yoon Gil Ho.

Gangnam B-Side merupakan drama aksi dan thriller yang memang dinanti-nantikan. Kita tunggu jadual rasmi pada akhir tahun nanti ya!

Baca lagi: Kdrama Balas Dendam “Fearless Yong Soo Jung”, Tayang 22 April Ini
Baca juga: 9 Filem Lain, Vibe Sama seperti Exhuma, Mencengkam Perasaan