Home Kdrama/Kmovie 9 Filem Lain, Vibe Sama seperti Exhuma, Mencengkam Perasaan

9 Filem Lain, Vibe Sama seperti Exhuma, Mencengkam Perasaan

0

EXHUMA merupakan filem Korea Selatan yang paling laris pada awal tahun 2024. Filem seram misteri ini mengangkat cerita okultisme, iaitu kepercayaan terhadap perkara-perkara supernatural seperti ilmu sihir.

Dibintangi oleh Choi Min Sik, Kim Go Eun, Yoo Hae Jin, dan Lee Do Hyun, filem ini mengisahkan tentang dua orang bomoh, pakar feng shui, dan penjaga kubur yang menghadapi kebangkitan iblis.

Exhuma

Jika anda menyukai filem Korea bertemakan okultisme seperti Exhuma, anda boleh cuba menonton beberapa buah pilihan filem yang mempunyai vibe seperti Exhuma berikut ini. Terdapat tiga buah filem yang merupakan hasil garapan pengarah Exhuma juga, jom sama-sama kita lihat!

 

1. Seorang bekas sami berusaha untuk mengurung iblis jahat yang kembali bangkit dalam The 8th Night. Iblis tersebut adalah dalang yang membuka pintu neraka

Baca juga: Kim Go Eun Sebagai Dukun dalam Exhuma, ini adalah 4 Filem Lain Lakonannya yang Berjaya

 

2. Pembunuhan bersiri semakin menakutkan dan membejatkan minda dengan bangkitnya mayat yang boleh bercakap. The Cursed: Dead Man’s Prey benar-benar membuatkan penonton terpaku!

 

 

3. The Wailing merupakan salah sebuah filem yang mempunyai vibe sama seperti Exhuma. Menceritakan tentang misteri sebuah kampung kecil yang dilanda penyakit hingga muncul banyak kes pembunuhan

 

 

4. Pengarah Exhuma (Jang Jae Hyun) pernah mengarahkan filem Svaha: The Sixth Finger. Seorang pastor menyiasat kumpulan agama yang mencurigakan

 

5. The Priests juga merupakan filem yang mempunyai vibe seperti Exhuma. Bertemakan pengusiran syaitan, seorang pastor dan pembantunya berusaha untuk mengusir roh jahat

 

 

6. Jalan cerita yang unik dari The Divine Fury, tentang Atlet MMA yang tidak mempercayai Tuhan tiba-tiba terlibat dalam pengusiran roh jahat. Park Seo Joon merupakan pelakon utama!

 

 

7. Filem lain yang mempunyai persamaan dengan Exhuma tentu sahaja adalah The Closet. Roh jahat mendiami almari lama di sebuah rumah dan mengganggu pasangan anak dan ayah

 

 

8. Berjaya membuatkan para penonton berdebar-debar dan merasa dan ngeri, The Piper mengangkat kisah penggubahan muzik misteri dengan latar Korea zaman dahulu kala

 

 

9. House of the Disappeared juga merupakan sebuah pilihan filem yang mempunyai vibe seperti Exhuma. Kisah tentang sebuah rumah yang dianggap durjana yang menyimpan misteri yang sangat gelap

Demikian sahaja 9 buah filem yang mempunyai vibe seperti filem Exhuma yang sedang meletup-letup sekarang ini. Jika anda belum pernah menonton filem-filem yang dicadangkan di atas, jangan lupa masukkan ke dalam senarai tontonan anda ya!

IMG 7302Juga jangan lepaskan peluang untuk menonton EXHUMA di pawagam terdekat anda bermula 8 Mac 2024 ini ya!!

Baca lagi: 12 Filem Hebat Korea, Berjaya Raih 1 juta Penonton pada Tayangan Awal