Home Kdrama/Kmovie 12 Filem Hebat Korea, Berjaya Raih 1 juta Penonton pada Tayangan Awal

12 Filem Hebat Korea, Berjaya Raih 1 juta Penonton pada Tayangan Awal

0

Meraih 1 juta penonton merupakan satu pencapaian yang membanggakan dalam dunia perfileman. Beberapa buah filem hebat Korea telah berjaya merangkul prestasi seperti ini dalam waktu yang sangat singkat.

Contohnya, seperti dua belas filem hebat Korea di bawah ini. Filem-filem ini berjaya mendapat 1 juta penonton pada awal tayangan di pawagam, hanya dalam tempoh 3 hari selepas ditayangkan.

Beberapa buah filem hebat Korea ini telah berjaya mendapat berbelas juta penonton semasa masih ditayangkan di pawagam-pawagam Korea Selatan.

Berikut ini adalah dua belas filem hebat Korea tersebut.

 

Filem korea
1. The Thieves (2012) merupakan filem tentang pasukan pencuri profesional Korea Selatan dan Hong Kong. Secara kasar, filem hebat Korea ini meraih 12.98 juta penonton

 

 

Korea
2. The Berlin File (2013) menampilkan kisah mencemaskan tentang seorang ejen dari Korea Utara yang dikejar oleh rakan senegara dan ejen NIS Korea Selatan

 

 

7f741f20 1362 4440 8740 f61baa29ac89
3. Kisah pengintip Korea Utara yang menjadi suspek pembunuhan di Korea Selatan dalam filem The Suspect (2013) ini berjaya meraih 4.13 juta penonton

 

 

Filem hebat korea
4. Jun Ji Hyun dan Ha Jung Woo membuatkan penonton terpukau sepanjang menonton filem Assassination (2015) yang menceritakan kisah pejuang kemerdekaan

 

 

615dd17e 7f51 4085 92be 68417816c451
5. Veteran (2015) menggabungkan genre jenayah dan komedi tentang detektif veteran yang berusaha menangkap chaebol generasi ketiga yang angkuh dan jahat

 

 

38cfeeb0 f53d 4dc6 9e39 f7ccf2925425
6. Para peminat filem seram pasti mengetahui tentang filem The Priests (2015) yang meraih 1 juta penonton dalam 3 hari penayangan dan berjaya mencapai jumlah 5.4 juta penonton

 

 

37c552aa b144 4391 b1c7 e8685e018140
7. Masih berlatarkan Korea Utara dan Korea Selatan, Steel Rain (2017) juga berjaya menarik perhatian. Jalan cerita tentang insiden rampasan kuasa di Korea Utara

 

 

941ac9ce 24bd 4b43 bb06 f65fa195967e

8. Filem pertama Along with the Gods terus menjadi hits sewaktu ditayangkan pada tahun 2017. Filem ini mengisahkan tentang malaikat maut yang membawa roh ke alam seterusnya

 

 

647f698b fd76 4a6a 8ef6 a32ba07ed6f4
9. Kisah para detektif yang menyamar menjadi peniaga ayam goreng untuk mengintip penjenayah dalam filem Extreme Job (2019) berjaya memikat hati ramai orang

 

 

e7dfb972 51c1 460e ab4b a5ffc49ef81f
10. Filem Exit (2019) yang melangkaui 1 juta penonton dalam 3 hari juga sangat popular dengan unsur komedi. Filem ini turut meraih 9.42 juta penonton secara keseluruhan

 

 

989bfde8 6ab0 4222 8eb6 3eac0723be2b
11. Turut berjaya seperti filem pertamanya, Confidential Assignment 2 (2022) menampilkan kisah penyiasatan gabungan antara Korea Utara, Korea Selatan, dan juga Amerika

 

 

c1c4a335 378d 47c1 b4df cb09880bcaa4
12. Diarahkan oleh pengarah yang sama, Exhuma (2024) mencapai prestasi yang sama dengan The Priests. Filem ini telah ditonton oleh ramai orang dan setakat ini berjaya mendapat 5 juta penonton dalam masa 10 hari penayangan. Hebat bukan?

Pencapaian yang diraih oleh dua belas filem di atas memang sangat luar biasa. Filem-filem ini masih lagi ditonton walau ada diantaranya sudah lama ditayangkan.

Untuk warga Malaysia, nantikan tayangan Exhuma di pawagam terdekat anda pada 8 Mac 2024 ini!

Baca lagi: Kim Go Eun Sebagai Dukun dalam Exhuma, ini adalah 4 Filem Lain Lakonannya yang Berjaya
Baca juga: Filem Seram Mistik “EXHUMA” Tampilkan Lee Do Hyun dan Kim Go Eun Sebagai Bomoh, Tayang Februari 2024